0

Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019: Ayuh Harimau Malaya !

June 12th, 2017
Larkin bukanlah asing untuk skuad kebangsaan. Kali terakhir beraksi ...
0

Jurulatih dan Bas Baharu Pasukan Tonik Harimau Malaya

June 12th, 2017
Semangat Baharu Selepas Nelo Vingada diumumkan menjadi Ketua ...
0

JDT kekal teratas sehingga raya

May 25th, 2017
Kemenangan tipis JDT 1-0 ke atas PKNS malam tadi sedikit pun tidak ...
0

Final Piala FA 2017: Kemarau 9 Tahun Kedah Berakhir !

May 20th, 2017
Kedah meneruskan kecemerlangan musm 2017 apabila muncul juara Piala ...
0

Final Piala FA 2017: Tiket ke Asia Jadi Rebutan

May 19th, 2017
Kedua-dua pasukan baik Pahang mahupun Kedah punya misi tersendiri ...
0

Piala FA 2017: Felda Gagal Manfaat Peluang Beraksi Dihadapan Penyokong Sendiri

February 15th, 2017
JENGKA: Felda United gagal manfaatkan kelebihan bermain dihalaman ...
0

Liga Super 2017: Tok Gajah 'Rebah' di Darul Aman

February 11th, 2017
Kesempatan beraksi dihadapan penyokong setianya sendiri dimanfaatkan ...
0

Perak menang tipis ke atas Pulau Pinang

January 28th, 2017
Perak berjaya menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0. Gol dijaringkan ...
0

Selangor dan Melaka United berkongsi mata

January 28th, 2017
Disaat Melaka United sudah mampu menyaingi Selangor dan cuba ...
0

Ghaddar masih lagi berbisa

January 28th, 2017
Jaringan dua gol Ghaddar dan 1 gol Piya sudah mampu meranapkan impian ...
0

JDT I lepas geram pada Felda United

January 28th, 2017
Kememangan JDT I 3-1 keatas Felda United malam tadi menyaksikan ...
0

T-Team mangsa amukan Tok Gajah

January 28th, 2017
Kekalahan paling besar musim 2017, itulah yang dapat digambarkan ...
0

Liga Super 2017: Perak Pahang Sama Kuat

January 21st, 2017
21 Januari 2017, Ipoh : Pasukan Perak berjaya bangkit daripada ...
0

100 PLUS Liga Premier 2017: Ledakan Hatrik Suzuki, Hatrik Pertama Liga Malaysia 2017 !

January 21st, 2017
Pemain import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki mencipta hatrik pertama ...
0

Liga Malaysia 2017: Penantian 23 Tahun Kedah Berakhir

January 20th, 2017
Skuad hijau kuning menamatkan penantian selama 23 tahun untuk ...
0

Liga Super 2016 | Kedah Turunkan Pemain digantung Secara Automatik, Pahang Peroleh Kemenangan Percuma

October 20th, 2016
Liga Malaysia kembali dihangatkan dipenghujung-penghujung musim ...
0

Perlawanan Akhir Piala Presiden 2016 | T-Team 'Genggam' Kelebihan Gol di Tempat Lawan

October 19th, 2016
Perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ...
0

100 Plus Liga Premier | Johor Darul Ta'zim II Hanya Seri Di Laman Sendiri

September 24th, 2016
Pemain JDTII gagal memanfaatkan peluang bermain dilaman sendiri ...
0

Liga Super 2016 | Johor Darul Ta'zim Cipta Sejarah

September 10th, 2016
Pasukan JDT telah dinobatkan selaku juara Liga Super Malaysia 2016 ...
0

Piala FAM 2016 | Fazliata Wira Felcra FC

September 08th, 2016
Mohd Fazliata Taib menjadi wira Felcra FC apabila berjaya ...
0

T-Team benam PDRM

August 25th, 2016
Liga Super 2016 : PDRM FA yang bermain dengan 10 orang setelah Ahmad ...
0

Pahang dan Terengganu sekadar berkongsi mata

August 25th, 2016
Pasukan Pahang berkongsi mata dengan pasukan tuan rumah Terengganu ...
0

Piala FAM 2016 | 8 Pasukan Mara ke Suku Akhir

August 24th, 2016
Lapan pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan Suku Akhir Piala ...
0

Melaka United hampiri juara Liga Perdana 2016

August 24th, 2016
Impian anak Melaka untuk melihat pasukan kesayangan mereka Melaka ...
0

Kuantan FA bangkit ikat Perlis

August 24th, 2016
KUANTAN ; Kuantan FA bangkit daripada ketinggalan dengan menyamakan ...
0

Sabah dan Kuala Lumpur sekadar berkongsi 1 mata

August 24th, 2016
100PLUS LIGA PREMIER 2016: Pemain Kuala Lumpur Konte Modibo membuat ...
0

Wan Zack hampakan Pulau Pinang

August 17th, 2016
Pasukan Kelantan berjaya mematahkan misi kemenangan pasukan tuan ...
0

Gol Liridon ranap Sarawak

August 17th, 2016
Liridon Krasniqi meraikan gol jaringannya yang juga gol kemenangan ...
0

JDT makin menghampiri kejuaraan liga

August 17th, 2016
LIGA SUPER 2016 : JDT 4-0 PDRMPemain JDT Marcos Antonio di beri ...
0

Pahang dibelasah Felda United

August 17th, 2016
Helmi Eliza tertewas buat kali ketiga di pertemuan Liga Super 2016 di ...

Zahasmi: Badi apa yang menimpa kami di Kota Bharu?

25 May 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Oleh Farizal Yusoff 25 Mei 2017 stadiumastro.com

Ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, mendakwa dirinya masih belum menemui jawapan sebenar kepada kegagalan skuad The Red Warriors (TRW) meraih mata penuh setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Aksi terbaharu menentang pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang, malam tadi terus menimbulkan persoalan apabila TRW sekadar seri 2-2 biarpun menguasai sebahagian besar permainan dan mempunyai deretan peluang menjaringkan gol.

“Apabila menguasai perlawanan, TRW patut keluar sebagai pemenang berdasarkan peluang yang dicipta, malangnya penyerang gagal mengambil kesempatan untuk menghukum Pulau Pinang.

“Apalah nasib kami bermain di Kota Bharu? Saya masih tercari-cari badi apa yang menimpa pasukan ini.

"Setakat ini, Kelantan hanya menang sekali dengan T-Team, selebihnya seri dan tewas di gelanggang sendiri. Apa punca keadaan ini berlaku?" soalnya.

Zahasmi juga menyifatkan penyakit pemain hilang fokus, terutama pada minit-minit akhir permainan, sekali lagi mengecewakan TRW untuk mendapat  tiga mata dan mendaki semula carta Liga Super.

“Bukan kali pertama keadaan ini berlaku. Kami mudah leka apabila mendahului pihak lawan. Fokus pemain mudah hilang dan akibatnya, Pulau Pinang menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan."

Dalam aksi menarik semalam, Pulau Pinang  membuka jaringan melalui tandukan cantik penyerang import, Sanna Nyassi pada minit ke-24 untuk menewaskan penjaga gol TRW, Mohd Ramadhan Abd Hamid.

Namun, Kelantan bangkit semula tiga minit kemudian melalui sepakan penjuru ketua pasukan, Mohd Badri Radzi, yang ditanduk masuk pemain sayap, S. Thinagaran, untuk mengikat permainan 1-1.

Penyerang gantian, Mohd Danial Asyraf Abdullah, menceriakan hampir 9,000 penyokong tuan rumah apabila menolak masuk bola yang terkena palang untuk menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Annuar Kamsani, pada minit ke-55.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, pemain Gambia yang pernah menjalani ujian pemilihan pemain bersama TRW, Nyassi, muncul penyelamat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan apabila menanduk masuk hantaran Nigel Dabingyaba, sekaligus menewaskan Ramadhan buat kali kedua.

Keputusan seri ini meletakkan Kelantan di tangga ketujuh dengan 14 mata daripada 13 perlawanan manakala skuad Pulau Pinang kekal di dasar Liga Super dengan memungut enam mata.

27 K2_VIEWS
Gawangdotmy

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree