Print this page

'SEE U IN CHINA' Mesej Bermakna

30 August 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Biarpun tidak membuka curva mereka pada malam final Sukan SEA atas faktor solidariti kepada penyokong lain yang gagal mendapatkan tiket angkara kerenah birokasi serta kelemahan sistem tiket, namun Ultras Malaya telahpun meninggalkan mesej bermakna kepada skuad bawah 22 tahun negara apabila menggantung kain rentang ' SEE U IN CHINA" sebagai tanda bahawa mereka akan kembali untuk skuad muda ini lagi.

Bagi yang belum tahu atau terlupa, skuad muda ini sekali lagi akan beraksi bersama pada pentas tertinggi yang pentas dicapai skuad muda Malaysia apabila bakal bermain dalam kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun yang akan berlangsung di China pada bulan Januari tahun hadapan. Kejayaan mara itu merupakan kejayaan secara merit selaku juara kumpulan H ketika aksi kelayakan di Thailand pada Julai lalu.

Dalam pada itu menerusi laman Facebook rasmi Ultras Malaya turut menyatakan mereka sudah melupakan kekecewaan semalam dan sudah bersedia untuk perlawanan seterusnya melibatkan skuad senior negara yang bakal menghadapi saingan yang cuba dibawa Hong Kong ketika aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada hari Selasa hadapan di Stadium Hang Jebat.

 Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

476 K2_VIEWS
Gawangdotmy

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Latest from Gawangdotmy

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree