Print this page

Piala Belia 2017: Hijau Kuning Julang Kejuaraan Kali Pertama

17 October 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
FOTO: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

Kelebihan 2 gol ditempat lawan nyata menjadi tonik penting ketika skuad Kedah menjuarai Piala Belia 2017 setelah menyingkirkan cabaran Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dengan peraturan gol ditempat lawan menjadi penentu kemenangan setelah terikat 3-3 secara agregatnya. Kemenangan itu juga merupakan kemenangan buat julung kalinya untuk arena bola sepak hijau kuning sejak Piala Belia diperkenalkan pada tahun 2008.

Gol daripada Kapten Kedah, Asnawi Sonkurnain yang melakukan tandukan terbang diawal separuh masa kedua sudah cukup memastikan kejuaraan dijulang dihadapan kira-kira 2500 penyokong  mereka sendiri di Stadium Darulaman selepas minggu lalu mereka tewas tipis 2-3 pada aksi final pertama di Stadium UiTM Shah Alam.

Dengan kemenangan itu menyaksikan Kedah membawa pulang piala pusingan dan juga wang kejuaran bernilai RM 50 000 yang disampaikan beberapa Exco FAM seperti Dato' Amiruddin Omar dan juga Dato' Suraya Yaacob dan beberapa lagi exco yang turut hadir memeriahkan suasana.

65 K2_VIEWS
Gawangdotmy

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Latest from Gawangdotmy

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree