0

Piala Asia B23 2018: Akhyar Berdebar & Tak Sabar

January 09th, 2018
Selain muncul sebagai salah seorang anggota skuad yang pertama kali ...
0

Final TM Piala Malaysia 2017: Julangan Sulung Piala Malaysia

November 04th, 2017
Stadium Shah Alam menjadi saksi menyaksikan kelab bolasepak JDT ...
0

Kuala Lumpur Juara 100PLUS Liga Premier 2017 !

October 27th, 2017
Skuad Warga Kota muncul juara 100PLUS Liga Premier 2017 walaupun ...
0

Piala FAM 2017: Peluang Seimbang Menjelang Separuh Akhir Kedua

October 03rd, 2017
Peluang masih seimbang buat keempat-empat 'semi finalist' Piala FAM ...
0

Piala Presiden 2017: Juara Bertahan Selangkah ke ‘Final’

October 02nd, 2017
Tamat saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan, Gong ...
0

Selamat Datang Liga Super 2018 Warga Kota & Nelang Tranung !

September 26th, 2017
Walaupun masih berbaki satu perlawanan, 2 tiket automatik Liga Super ...
0

Final Sukan SEA 2017 : Malaysia Akur Peroleh Perak Sahaja

August 30th, 2017
Berlangsung di Stadium Shah Alam, tuan rumah terpaksa akur setelah ...
0

Liga Super 2017 | JDT Cipta Sejarah Juara Lagi!

August 05th, 2017
Dengan kelebihan 11 mata, JDT nyata terus unggul dalam kelas ...
0

Liga Premier | Kuala Lumpur Terus Cemerlang

July 12th, 2017
Selayang 10 Julai, Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan ke-7 ...
0

Negeri Sembilan dan T-Team Sama Kuat

July 08th, 2017
Paroi 7 Julai, penalti minit akhir perlawanan membolehkan T-Team ...
0

TM Piala Malaysia 2017 | Lee Tuck Hampakan Pahang

July 05th, 2017
Jaringan Lee Tuck pada minit 76 membolehkan Negeri Sembilan mencuri ...
0

Kemenangan Pertama Jonathan Behe Bersama Negeri Sembilan

July 01st, 2017
Tumpuan perlawanan malam semalam semestinya terarah kepada penyerang ...
0

Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019: Ayuh Harimau Malaya !

June 12th, 2017
Larkin bukanlah asing untuk skuad kebangsaan. Kali terakhir beraksi ...
0

Jurulatih dan Bas Baharu Pasukan Tonik Harimau Malaya

June 12th, 2017
Semangat Baharu Selepas Nelo Vingada diumumkan menjadi Ketua ...
0

JDT kekal teratas sehingga raya

May 25th, 2017
Kemenangan tipis JDT 1-0 ke atas PKNS malam tadi sedikit pun tidak ...
0

Final Piala FA 2017: Kemarau 9 Tahun Kedah Berakhir !

May 20th, 2017
Kedah meneruskan kecemerlangan musm 2017 apabila muncul juara Piala ...
0

Final Piala FA 2017: Tiket ke Asia Jadi Rebutan

May 19th, 2017
Kedua-dua pasukan baik Pahang mahupun Kedah punya misi tersendiri ...
0

Piala FA 2017: Felda Gagal Manfaat Peluang Beraksi Dihadapan Penyokong Sendiri

February 15th, 2017
JENGKA: Felda United gagal manfaatkan kelebihan bermain dihalaman ...
0

Liga Super 2017: Tok Gajah 'Rebah' di Darul Aman

February 11th, 2017
Kesempatan beraksi dihadapan penyokong setianya sendiri dimanfaatkan ...
0

Perak menang tipis ke atas Pulau Pinang

January 28th, 2017
Perak berjaya menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0. Gol dijaringkan ...
0

Selangor dan Melaka United berkongsi mata

January 28th, 2017
Disaat Melaka United sudah mampu menyaingi Selangor dan cuba ...
0

Ghaddar masih lagi berbisa

January 28th, 2017
Jaringan dua gol Ghaddar dan 1 gol Piya sudah mampu meranapkan impian ...
0

JDT I lepas geram pada Felda United

January 28th, 2017
Kememangan JDT I 3-1 keatas Felda United malam tadi menyaksikan ...
0

T-Team mangsa amukan Tok Gajah

January 28th, 2017
Kekalahan paling besar musim 2017, itulah yang dapat digambarkan ...
0

Liga Super 2017: Perak Pahang Sama Kuat

January 21st, 2017
21 Januari 2017, Ipoh : Pasukan Perak berjaya bangkit daripada ...
0

100 PLUS Liga Premier 2017: Ledakan Hatrik Suzuki, Hatrik Pertama Liga Malaysia 2017 !

January 21st, 2017
Pemain import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki mencipta hatrik pertama ...
0

Liga Malaysia 2017: Penantian 23 Tahun Kedah Berakhir

January 20th, 2017
Skuad hijau kuning menamatkan penantian selama 23 tahun untuk ...
0

Liga Super 2016 | Kedah Turunkan Pemain digantung Secara Automatik, Pahang Peroleh Kemenangan Percuma

October 20th, 2016
Liga Malaysia kembali dihangatkan dipenghujung-penghujung musim ...
0

Perlawanan Akhir Piala Presiden 2016 | T-Team 'Genggam' Kelebihan Gol di Tempat Lawan

October 19th, 2016
Perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ...
0

100 Plus Liga Premier | Johor Darul Ta'zim II Hanya Seri Di Laman Sendiri

September 24th, 2016
Pemain JDTII gagal memanfaatkan peluang bermain dilaman sendiri ...

ABK 2017: Dominasi Baddrol & Hijau Kuning

22 December 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

2017 nyata menjadi antara musim terbaik buat skuad hijau kuning selepas zaman kegemilangan Double Treble apabila mereka mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017, mengulangi pencapaian yang hampir sama yang dicipta pada 2008. Kedah membolot 9 daripada 23 anugerah yang dianugerahkan dalam satu majlis yang berlangsung di One World Hotel Petaling Jaya.

Bintang Kedah, Baddrol Bakhtiar paling mencuri perhatian apabila pemain berusia 29 tahun itu diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai 2017 buat pertama kali dalam sejarah kerjaya profesionalnya sejak 2006. Baddrol juga turut muncul sebagai Pemain Tengah Terbaik menewaskan rakan sepasukan, Syazwan Zainon dan juga perancang Pahang, Nor Azam Azih selain membawa pulang Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super(Tempatan) dengan 9 gol.

Kejayaan Baddrol itu disusuli pula dengan kemenangan Ifwat Akmal Chek Kassim sebagai Penjaga Gol Terbaik. Liridon Krasniqi juga memastikan malam gemilang bolasepak Kedah berterusan apabila muncul sebagai Pemain Import Terbaik disamping mengekalkan anugerah Pemain Paling Popular yang dimenanginya musim lalu.

Kejayaan demi kejayaan dirangkul lagi oleh Kedah apabila dianguerahkan sebagai Penyokong Terbaik dan juga Pasukan Terbaik selain Media Sosial Terbaik bagi musim 2017. Selangor menjadi pasukan kedua terbanyak merangkul anugerah dengan kejayaan Laman Web Terbaik dan juga Pemain Muda Harapan menerusi Adam Nor Azlin.

Bagi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik, Matthew Davies berjaya menghalang dominasi Kedah dengan menewaskan pemenang musim lalu, Rizal Ghazali selain ‘otai’ Shukur Adan sementara anugerah Penyerang Terbaik dirangkul Shahrel Fikri Fauzi yang nyata melalui musim menakjubkan bersama PKNP sejak 2016 lagi dengan menyingkirkan Syafiq Ahmad dan juga Amri Yahyah.

Pemain muda, Siti Rohani Saptu dianugerahkan sebagai Pemain Wanita Terbaik 2017 selepas pemain berusia 18 tahun ini membantu Sarawak muncul juara buat pertama kali pada kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah dalam tempoh 30 tahun dengan gol tunggal kemenangan menewaskan Kedah di Miri,April lalu.

Selain Liridon, penyerang Kuantan FA, Abd Malik Mat Ariff juga mengekalkan Anugerah Penjaring Terbanyak 100Plus Liga Premier(Tempatan) yang dimenanginya musim lalu. Bagi kategori penjaring terbanyak pemain import, Mohamad Ghaddar memenangi anugerah tersebut bagi saingan Liga Super sementara Liga Premier pula dimenangi penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula. Rekod 30 gol daripada 27 penampilan memastikan de Paula memenangi Anugerah Kasut Emas yang disampaikan oleh bekas bintang Real Madrid, Ivan Campo yang turut sama menyerikan majlis.

B Sathianathan yang berjaya membantu Felda United daripada kedudukan berbahaya pada awal musim sehingga menduduki tangga ketiga Liga Super selain bergelar ‘semi finalist’ TM Piala Malaysia pula memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Disamping itu, beberapa anugerah khas yang diwujudkan seperti Anugerah RTM Pemain Paling Mesra dianugerahkan kepada N Thanabalan, Anugerah Fair Play kepada T-Team dan juga Anugerah Komuniti kepada En Sunny Shalesh daripada Pan-Disabiliity Football Malaysia. Selain itu Anugerah Selamat Datang dianugerahkan kepada UKM FC dan Felcra FC sebagai wakil baharu dalam saingan divisyen 2 musim hadapan.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 yang dihoskan Alif Satar turut diserikan dengan beberapa persembahan artis terkenal seperti Kaka Azraff dan Hael Husaini selain majoriti pemenang menerima trofi kejuaraan yang disampaikan oleh rakan atlet seperti Dato Wira Lee Chong Wei, Ridzuan Pudzi dan juga Cheong Jun Hoong.

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

1121 K2_VIEWS
Gawangdotmy

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree