HOKI | The Speedy Tiger Manfaat Peluang Bermain di Laman Sendiri

21 October 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Cemerlang.. The Speedy Tiger menang selesa 4-2 ke atas Pakistan Foto: Bayu | www.gawang.my

Kuantan, 20 Oktober : Pasukan hoki negara berjaya mendapatkan kemenangan pertama selepas berjaya menewaskan Pakistan dalam QNET Men's Asian Champions Trophy 2016 di Stadium Hoki Kuantan semalam.

The Speedy Tiger telah menjaringkan gol pertama melalui Firhan Ashari dengan pukulan sudut penalti kencang pada minit ke-13.

Pasukan pelawat tidak menyerah kalah malah terus mengasak pasukan hoki negara sehingga berjaya mendapatkan dua pukulan sudut penalti pada minit ke-18 dan minit ke-34 yang berjaya disempurnakan oleh Muhammad Aleem Bilal.

Anak buah Stephen Van Huizen terus mengatur strategi untuk membuat serangan balas kepada pasukan Pakistan sehingga dihadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Faisal Shaari pada minit ke-37.

Semangat kerjasama pasukan hoki negara terus terserlah apabila Shahril Saabah berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti menyambut mudah hantaran daripada rakan sepasukan pada minit ke-41.

Pakistan terus mengasak kubu Malaysia tetapi tidak berjaya untuk menembusi benteng barisan pertahanan yang sentiasa konsisten dan berdisiplin tinggi ketika bertahan.

The Speedy Tiger berjaya membuat serangan balas sehingga sekali lagi mendapat pukulan sudut penalti dan kali ini giliran Faisal Shaari mencatatkan gol kedua peribadi ketika perlawanan memasuki minit ke-60.

Keputusan penuh memihak kepada Malaysia dengan 4-2 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan

 

109 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree