Hoki | Malaysia ke Separuh Akhir Trofi Juara-Juara Asia QNET 2016

28 October 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Kehadiran penyokong diharap dalam membangkitkan semangat The Speedy Tiger petang esok Foto: Bayu | www.gawang.my

Persembahan cemerlang anak buah Stephen Van Huizen menyaksikan The Speedy Tiger layak ke Separuh Akhir QNET Men's Asian Champions Trophy 2016 (Trofi Juara-Juara Asia QNET 2016) bertemu Pakistan pada 29 Oktober 2016 (Sabtu) ini.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 20 Oktober 2016 dan perlawanan akhir dijadualkan pada 30 Oktober (Ahad) ini di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. 

Malaysia menumpaskan Pakistan 4-2 dalam perlawanan pembukaan pada 20 Oktober lalu. Langkah bergaya berterusan apabila menang 5-1 ke atas China dan kemenangan besar 7-2 membenam cabaran Jepun pada 23 Oktober.

Selepas melakar 3 kemenangan pada tiga perlawanan, Malaysia tumpas di tangan India 1-2 dan diikat Korea Selatan 1-1 pada perlawanan terakhir. 

Malaysia akan bertemu Pakistan pada 29 Oktober 2016 (SABTU) jam 6.15 petang di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Kami menyeru penyokong yang berada di Kuantan dan kawasan berhampiran untuk hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada The Speedy Tiger. 

 

Teks: Norfazlinda Alimad / www.gawang.my

194 K2_VIEWS
ciknda
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree