HOKI | YH50 Gilap Bakat Muda Hoki Melaka

11 April 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Peserta dan Jurulatih Program YH50 bergambar selepas majlis pelancaran Foto: Linda / www.gawang.my

Young Hurricanes 2050 atau YH50 merupakan satu program pembangunan hoki jangka panjang Persatuan Hoki Melaka.  

YH50 merupakan intipati daripada TN50 @ Transformasi Nasional 2050 dan TM50 @ Transformasi Melaka 2050 untuk melahirkan rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menghasilkan generasi muda pakar dan cemerlang dalam bidang sukan menjelang 2050. Program ini membawa mesej penting kepada semua rakyat Melaka berkaitan aspirasi kerajaan pusat dan negeri Melaka terhadap bidang sukan menjelang 2050.

Program pembangunan ini akan melalui 7 fasa dan pemain-pemain bawah 11 tahun dari seluruh negeri Melaka merupakan sasaran pertama program ini. Inisiatif Persatuan Hoki Melaka ini mensasarkan keberhasilan bakat- bakat baru yang berkualiti setiap 3 tahun pelaksanaan program. Sesuatu yang baru dalam pelaksanaan program ini ialah kaedah latihan yang bakal digunakan. Small Sided Game (SSG) adalah inovasi dalam latihan yang berkonsepkan taktikal berbanding kaedah tradisional yang lebih teknikal. Harapan Persatuan Hoki Melaka, program ini mampu direalisasikan mengikut perancangan dan menepati sasaran seperti apa yang dihasratkan.

Majlis Pelancaran YH50 ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Persatuan Hoki Melaka, Tuan Sh. Mohd Nasir Sh. Salim di Padang Hoki MBMB, Bukit Serindit Melaka pada Ahad. Sh. Mohd Nasir ketika ditemui selepas pelancaran program tersebut berkata program YH50 tersebut adalah untuk mencungkit bakat muda yang mempunyai bakat dan kehendak untuk berkecimpung dalam sukan hoki. "Melaka telah melahirkan ramai pemain hoki yang hebat seperti S. Kumar dan mendiang Chua Boon Huat. Mereka adalah inspirasi kepada peserta program YH50 untuk membawa nama Melaka dan Malaysia pada masa hadapan', katanya.

 

Teks: Norfazlinda Alimad / www.gawang.my

120 K2_VIEWS
ciknda
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree