Liga Malaysia 2017: KFA & Kelab Penyokong Perkukuh Hubungan

25 January 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Bertempat di Dewan Kenanga, Stadium Darulaman, berlangsung satu sesi pertemuan antara pihak Jawatankuasa Tiket & Pintu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersama wakil kelab penyokong pada petang Rabu 25 Januari. Tujuan perjumpaan ini lebih kepada untuk meningkatkan kualiti dan mutu urusan berkenaan soal tiket melibatkan penyokong dan pihak pengurusan serta membina hubungan dua hala yang lebih baik amnya. Pihak KFA yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu, Shaharol Niza Omar menjelaskan beberapa kekeliruan soal tiket dan juga mendengar cadangan serta suara penyokong yang diwakili beberapa kelab penyokong.



Salah seorang wakil penyokong, Farzli Adenan yang juga presiden kelab Penyokong Setia Hijau Kuning ketika ditemu ramah berkata,

"Saya memuji dan suka dengan majlis yang diadakan oleh pihak KFA sebentar tadi. Ianya melibatkan perbincangan dua hala. Nampak KFA menghargai suara penyokong. Majlis tadi juga mengurangkan jurang antara pihak KFA dan penyokong dimana penyokong mendapat info yg sahih serta pencerahan yang tepat."

Selain daripada kelab penyokong Setia Hijau Kuning, antara kelab yang turut menghantar wakil pada majlis tersebut ialah Peminat Bolasepak Kedah (PBK), Arena HijauKuning (AHK), Hijau Kuning Fan Club (HKFC) dan juga KEPDA.


Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

155 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree