Piala Belia 2017: Kedah & SSMP Cipta Sejarah ke 'Final' !

05 October 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Pasukan Kedah dan SSMP B-17 tahun mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir kejohanan Piala Belia buat pertama kali dalam sejarah penyertaan mereka. Kedah yang ketinggalan 0-1 kepada Terengganu sebaik tamat separuh akhir pertama bangkit melawan pada aksi kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila menang 3-2 sekaligus mara dengan kelebihan gol ditempat lawan walaupun terikat 3-3 secara agregatnya.

Sementara di Gambang, SSMP pula menggunakan kelebihan bermain dihalaman sendiri untuk menang bergaya 7-0 sekaligus memlebarkan kelebihan 2 gol yang diperoleh ketika bertemu SSTMI B-17 pada perlawanan pertama Sabtu lalu kepada 9-0 secara agregat.

Perlawanan akhir Piala Belia 2017 akan berlangsung secara format timbal balik pada 11 dan 16 Oktorber ini.

10 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree