Gawangdotmy

Gawangdotmy

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

JENGKA: Felda United gagal manfaatkan kelebihan bermain dihalaman sendiri apabila tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Piala FA. Tuan rumah bermula dengan garang untuk mencari gol pembukaan permainan sebaik sahaja wisel ditiupkan oleh pengadil. Anak buah Benjamin Moira Mendivil tidak menunggu lama untuk mengatur serangan bagi merobek pertahanan Felda United.

Penyerang sensasi Felda United,  Norshahrul Idlan Talaha mencuba nasib pada minit keenam dengan membuat rembatan leret tepat ke arah pintu gol JDT tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. JDT terus menyerang Felda United secara berterusan sehingga dihadiah sepakan penjuru dan Gabriel Guerra berjaya menjaringkan gol pada minit ke-12. Felda United terus merencanakan serangan balas tetapi tidak bernasib baik apabila peluang terhidang tidak dimanfaatkan oleh Cellerino pada minit ke-20 hanya melewati palang gawang JDT.

Serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama jaringan terikat Felda United 0-1 JDT. Kegembiraan Felda United terhenti apabila jaringan daripada Cellerino dinafikan oleh linesman kerana offside pada minit ke-64. Kemasukan pemain gantian, Cabrera membuahkan hasil apabila berjaya menyambut baik hantaran daripada Mahali Jasuli pada minit ke-79. Felda United terus mengasak sehingga empat minit masa tambahan tetapi gagal untuk menjaringkan gol.

Perlawanan tamat dengan keputusan Felda United 0-2 JDT.

Teks: Muhammad Suhaib Mohd Shapiee / www.gawang.my

Perlantikan Presiden Baharu FAP Tidak Direstui Penyokong

Kira-kira jam 8 malam Isnin 6 Febuari, bertempat di luar perkarangan Penang Institute, para penyokong Harimau Kumbang yang dihadiri lebih 100 penyokongnya telah mengadakan demo bantahan berkenaan perlantikan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zhairil Khir Johari yang dipilih mengantikan Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff yang telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Tajaan Kasut Bola, Moga Indra Cemerlang

Penyerang The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin menerima tajaan berupa sepasang kasut bola jenama Nike hari ini. 

Perak menang tipis ke atas Pulau Pinang

Perak berjaya menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0. Gol dijaringkan oleh Shahrul Saad pada minit ke 78.

Selangor dan Melaka United berkongsi mata

Disaat Melaka United sudah mampu menyaingi Selangor dan cuba mengejutkan Selangor dengan jaringan awal minit 69 oleh Khairu Azrin, namun terpaksa akur dengan berkongsi 1 mata bersama Selangor selepas Victoras Astafei berjaya menyamakan kedudukan pada minit 81. Keputusan muktamad di stadium Selayang Selangor 1-1 Melaka United.

Ghaddar masih lagi berbisa

Jaringan dua gol Ghaddar dan 1 gol Piya sudah mampu meranapkan impian PKNS FC untuk bangkit daripada kekalahan lepas. Keputusan muktamad Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh di Shah Alam.

Page 10 of 66
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree