Asyraaf

Asyraaf

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kepulangan Penuh Emosi Azmeer

Bekas pemain hijau kuning, Azmeer Yusof yang kembali semula ke bumi Darul Aman mendapat penghormatan daripada semua penyokong setia hijau kuning yang berada di Stadium Darulaman malam tadi.

Liga Super 2017: Tok Gajah 'Rebah' di Darul Aman

Kesempatan beraksi dihadapan penyokong setianya sendiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukan Kedah apabila mudah 'meratah' skuad Tok Gajah pada aksi keempat Liga Super 2017 dengan keputusan 4-1. Tidak sampai 3 minit permainan berlangsung, sudah 2 percubaan tepat berjaya dilakukan oleh Baddrol Bakhtiar dan juga Sandro Mendonca dalam usaha menguji gawang gol pasukan pelawat, Wan Azraie. Tuan rumah benar-benar menekan Pahang sejak awal permainan namun tiada jaringan tercipta.

Liga Malaysia 2017: KFA & Kelab Penyokong Perkukuh Hubungan

Bertempat di Dewan Kenanga, Stadium Darulaman, berlangsung satu sesi pertemuan antara pihak Jawatankuasa Tiket & Pintu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersama wakil kelab penyokong pada petang Rabu 25 Januari. Tujuan perjumpaan ini lebih kepada untuk meningkatkan kualiti dan mutu urusan berkenaan soal tiket melibatkan penyokong dan pihak pengurusan serta membina hubungan dua hala yang lebih baik amnya. Pihak KFA yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu, Shaharol Niza Omar menjelaskan beberapa kekeliruan soal tiket dan juga mendengar cadangan serta suara penyokong yang diwakili beberapa kelab penyokong.

Liga Super 2017: Perak Pahang Sama Kuat

21 Januari 2017, Ipoh : Pasukan Perak berjaya bangkit daripada ketinggalan di saat-saat akhir perlawanan pertama Liga Super 2017 menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan pelawat terlebih dahulu berjaya mendahului pada minit 56 menerusi Shamin Yahya hasil hantaran Ashari Samsudin daripada sebelah kanan gawang Perak.

Hujan lebat berterusan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur menyaksikan kesemua perlawanan pertama Liga Malaysia 2017 yang berlangsung di sana terpaksa ditunda berikutan keadaan padang yang tidak mengizinkan permainan berlangsung. Selain itu, keadaan padang dan cuaca yang mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada para pemain dan keselesaan penonton serta kesan kepada fasiliti stadium turut menjadi faktor perlawanan-perlawanan tersebut ditunda.

Pemain import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki mencipta hatrik pertama Liga Malaysia 2017 apabila menjaringkan 3 gol pada aksi pertama 100 PLUS Liga Premier 2017 menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Suzuki, kelahiran Brazil tetapi mempunyai kerakyatan Jepun itu meledak 3 gol dalam tempoh 38 minit separuh masa pertama apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang dalam kotak penalti lawan.

Page 1 of 11
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree