The Latest

SIARAN AKHBAR: For immediate release. Kuala Lumpur, Malaysia Nov 14, 2017.

Sportsfix, peneraju dalam platform penstriman ‘over-the-top’ (OTT) mudah alih di rantau ASEAN, telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat media antarabangsa MP & Silva untuk menyiarkan perlawanan Liga Serie A TIM Itali untuk musim 2017/2018.

Stadium Shah Alam menjadi saksi menyaksikan kelab bolasepak JDT mecipta sejarahnya yang tersendiri apabila muncul juara TM Piala Malaysia 2017 buat pertama kalinya sejak ditubuhkan. Kejayaan itu dilakar setelah  menewaskan juara bertahan, Kedah dengan keputusan 2-0.

Tirai Liga Super telahpun berlabuh pada Sabtu dengan aksi perlawanan Liga Super ke-22. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan penting untuk Kelantan. Kelantan perlu menang ke atas Melaka United bagi mengelak tersingkir ke Liga Premier musim2018.

Kuala Lumpur Juara 100PLUS Liga Premier 2017 !

Skuad Warga Kota muncul juara 100PLUS Liga Premier 2017 walaupun tewas 1-3 kepada JDTII pada hari terakhir saingan di Stadium MP Pasir Gudang. Kejuaraan itu sedikit sebanyak dibantu dengan keputusan di Ipoh apabila kekalahan pencabar terdekat, Terengganu yang juga tewas 1-3 kepada PKNP menyaksikan Kuala Lumpur menjulang mahkota kejuaraan dengan kelebihan 'perbezaan gol' setelah kedua-duanya terikat dengan 47 mata.

Julangan Piala FAM Kali kedua Sime Darby !

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Zul Fahmi Awang ketika aksi final pertama Piala FAM 2017 nyata menjadi titik tolak untuk Sime Darby sekali lagi merasai nikmat bergelar juara Piala FAM buat kali kedua dalam sejarahnya walaupun sekadar terikat 2-2 pada aksi final kedua bertemu UKM FC di Stadium MBPJ.

Harimau Selatan Cemerlang Melangkah ke Shah Alam

Bermain dihadapan penyokong sendiri nyata menjadi tonik terbaik skuad JDT ketika mereka menewaskan Perak dengan keputusan 3-0. 3 gol yang terhasil diseparuh masa kedua oleh Gonzalo Cabrera yang menjaringkan 2 gol dan satu lagi disumbangkan Gabriel Guerra berjaya membawa pasukan yang berpangkalan di Johor Bharu itu ke pentas final buat kali kedua dalam tempoh 4 tahun.

Kedah ke Final Lagi !

Kedah meneruskan rentak kecemerlangan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila sekali lagi mara ke pentas perlawanan akhir TM Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan Felda United pada aksi separuh akhir dengan keputusan 2-0.

Piala Presiden 2017: Gergasi Merah Julang Kejuaraan Kali ke-5

Selangor muncul juara Piala Presiden 2017 walaupun tewas 0-1 kepada Terengganu pada aksi final kedua yang berlangsung di Kuala Terengganu. Namun keputusan itu nyata belum cukup untuk memadamkan kelebihan 2 gol yang dibawa Gergasi Merah ke halaman lawan yang dicipta pada minggu lalu.

Piala Belia 2017: Hijau Kuning Julang Kejuaraan Kali Pertama

Kelebihan 2 gol ditempat lawan nyata menjadi tonik penting ketika skuad Kedah menjuarai Piala Belia 2017 setelah menyingkirkan cabaran Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dengan peraturan gol ditempat lawan menjadi penentu kemenangan setelah terikat 3-3 secara agregatnya. Kemenangan itu juga merupakan kemenangan buat julung kalinya untuk arena bola sepak hijau kuning sejak Piala Belia diperkenalkan pada tahun 2008.

Tamat 90 minit pertama separuh akhir TM Piala Malaysia 2017, baik di Jengka mahupun di Ipoh, pasukan pelawat dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk mara ke perlawanan akhir jika bersandarkan kepada peraturan gol ditempat lawan. Kedua-dua perlawanan yang berkesudahan 1-1 itu memperlihatkan Kedah dan JDT punya sedikit kelebihan menjelang aksi kedua pada hari Sabtu hadapan.

Page 2 of 38
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree