The Latest

Hadir dengan ketinggalan daripada segi peraturan gol ditempat lawan nyata tidak menjejaskan fokus pasukan Terengganu ketika menuju ke Kota Bharu apabila menggunakan kesempatan baki 90 minit dengan menyingkirkan Kelantan selaku juara bertahan. Walaupun Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nik Azli, tetapi 2 gol pantas Haidhir Suhaini dalam tempoh 2 minit nyata menyentap semangat juang tuan rumah. TRW cuba bangkit dengan Daniel Ashraf menjaringkan gol penyamaan namun itu belum cukup apabila skuad Peteh mara ke pentas final dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Piala Belia 2017: Kedah & SSMP Cipta Sejarah ke 'Final' !

Pasukan Kedah dan SSMP B-17 tahun mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir kejohanan Piala Belia buat pertama kali dalam sejarah penyertaan mereka. Kedah yang ketinggalan 0-1 kepada Terengganu sebaik tamat separuh akhir pertama bangkit melawan pada aksi kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila menang 3-2 sekaligus mara dengan kelebihan gol ditempat lawan walaupun terikat 3-3 secara agregatnya.

Peluang masih seimbang buat keempat-empat 'semi finalist' Piala FAM 2017 apabila separuh akhir pertama pada Isnin, 2 Oktober menyaksikan tiada jaringan terhasil baik aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dan juga Stadium Arena UM. Perlawanan seimbang di Temerloh apabila UKM berjaya mengikat tuan rumah, Shahzan Muda yang beraksi di hadapan penyokong sendiri sekaligus mengulangi keputusan yang sama ketika bermain di peringkat kumpulan awal tahun ini.

Tamat saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak pada Ahad, juara bertahan Kelantan berjaya mengikat tuan rumah, Terengganu dengan keputusan 1-1. Gol pendahuluan daripada Nik Akif Syahiran pada minit 73 nyata menjadi kelebihan penting kepada anak buah Hashim Mustapha sebagai bekalan gol ditempat lawan seandainya keputusan 1-1 kekal pada separuh akhir kedua kelak di Kota Bharu.

Tandukan Sempurna Gol Ke-100 !

Sejak memulakan karier senior pada 2006, gol terbaharu yang dicipta ketika bertemu Sarawak pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Sarawak oleh bintang Kedah, Baddrol Bakhtiar merupakan gol ke-100 peribadinya dalam kejohanan kompetetif. Lebih menarik kesemua gol yang dijaringkan Baddrol itu, kesemuanya dicipta dengan hanya menyarung jersi hijau kuning sahaja.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan, 2 tiket automatik Liga Super 2018 sudahpun sah menjadi hak milik pasukan Kuala Lumpur dan juga Terengganu setelah masing-masing mencatatkan kemenangan pada aksi ke 21 liga malam tadi.

Trofi Baharu Liga Super | Lambang Kekuatan, Dinamisme dan Dominasi

Majlis Pengenalan Trofi Baharu Liga Super telah diadakan pada 19 September 2017 (Selasa) bertempat di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

'SEE U IN CHINA' Mesej Bermakna

Biarpun tidak membuka curva mereka pada malam final Sukan SEA atas faktor solidariti kepada penyokong lain yang gagal mendapatkan tiket angkara kerenah birokasi serta kelemahan sistem tiket, namun Ultras Malaya telahpun meninggalkan mesej bermakna kepada skuad bawah 22 tahun negara apabila menggantung kain rentang ' SEE U IN CHINA" sebagai tanda bahawa mereka akan kembali untuk skuad muda ini lagi.

Page 3 of 38
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree