The Latest

Hazwan Bakri Sah Milik Johor Darul Ta'zim

 

 Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri kini sah menyertai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk musim Liga Super 2017 apabila menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan juara Liga Super itu. Perkara ini disahkan sendiri oleh ejennya, Hafizan Halim yang juga merangkap Pengarah MVP Sports Agency. Perpindahan Hazwan bukan suatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pemilik JDT, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pernah menyuarakan minat dan akan menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mendapatkan khidmatnya. Untuk rekod, Hazwan adalah pemain tempatan kelima yang menyertai skuad Harimau Selatan selepas Haziq Nadzli (PDRM), Syahrul Azwari (Kelantan), Nazmi Faiz Mansor (Selangor) dan Safawi Rasid (TTeam) selain Afiq Fazail yang diserap dari skuad JDT II.

Pra Musim Liga Malaysia 2017: Kim Seong Hyun Import Ujian Hijau Kuning

Pemain import ujian skuad Kedah 2017, Kim Seong Hyun yang berasal daripada Korea Selatan mula menjalani latihan pertamanya bersama skuad Juara TM Piala Malaysia 2016 itu pada petang Khamis, 8 Disember yang berlangsung di Mini Stadium Peremba. Kim yang baru berumur 23 tahun akan dinilai menerusi siri latihan rutin dan juga ujian perlawanan persahabatan bermula pada hari Selasa hadapan, 13 Disember apabila Kedah dijadualkan akan bertemu pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke divisyen 2, PKNP FC di Stadium Darulaman jam 8.45 malam.

S2FC – Bola Sepak Akar Umbi

Kelab bola sepak yang berpusat di Seremban ini dinaungi oleh 2 pemain kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha. S membawa maksud sahabat-sahabat dan 2 membawa maksud 2 saudara kembar sebagai penaung. Nama S2 dipilih kerana bermulanya pencarian bakat disekitar Seremban 2. Selain dari Zafuan dan Zaquan, kelab ini turut diuruskan oleh bapa mereka, Abdul Radzak Salleh, yang bertindak selaku Penasihat dan Mohd Zafran Abd Radzak selaku Presiden.

Hoki | The Young Speedy Tiger Dirantai Australia

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 3-1 kepada England pada aksi pertama Kejohnan Hoki Piala Sultan Johor, anak buah Wallace Tan masih buntu memburu kemenangan. 

Hoki | Piala Sultan Johor - Langkah Kiri Skuad B21 Malaysia

Pasukan bawah 21 Malaysia memulakan kempen Piala Sultan Johor 2016 dengan langkah kiri apabila tewas 3-1 kepada pasukan England dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Hoki | Pakistan Sekat Hajat Malaysia

Impian The Speedy Tiger untuk mara ke perlawanan akhir Trofi Juara-Juara Asia Asia QNET 2016 (QNET Men's Asian Champions Trophy 2016) terkubur apabila tumpas melalui penalty shootout 2-3 kepada Juara Bertahan, Pakistan malam tadi setelah terikat 1-1 sehingga wisel penamat.

Hoki | Malaysia ke Separuh Akhir Trofi Juara-Juara Asia QNET 2016

Persembahan cemerlang anak buah Stephen Van Huizen menyaksikan The Speedy Tiger layak ke Separuh Akhir QNET Men's Asian Champions Trophy 2016 (Trofi Juara-Juara Asia QNET 2016) bertemu Pakistan pada 29 Oktober 2016 (Sabtu) ini.

Final Piala Presiden 2016: Kelantan Kekalkan Piala di Kota Bharu

Sekali lagi, piala idaman setiap pemain muda akan dibawa pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara kejohanan Piala Presiden 2016 apabila menewaskan T-Team dengan keputusan 2-0(agregat 3-1) pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kelebihan gol di tempat lawan yang dimiliki T-Team pada aksi pertama minggu lalu gagal digunakan dengan sebaik mungkin apabila ‘The Young Warriors’ nyata lebih cemerlang untuk memanfaatkan peluang yang ada di Kuala Terengganu itu.

Kuantan, 20 Oktober : Pasukan hoki negara berjaya mendapatkan kemenangan pertama selepas berjaya menewaskan Pakistan dalam QNET Men's Asian Champions Trophy 2016 di Stadium Hoki Kuantan semalam.

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree