Piala FAM 2016 | Perak PKNP FC dan Melaka SAMB FC Layak ke Suku Akhir

08 August 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Pasukan Perak PKNP FC Foto: Linda | www.gawang.my

Perak PKNP FC dan Melaka SAMB FC masing-masing telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FAM 2016 walaupun perlawanan peringkat Kumpulan B masih berbaki 3 perlawanan. 

Perak PKNP FC adalah pendahulu Kumpulan B terlebih dahulu menempah tiket ke peringkat suku akhir dengan mengumpul 24 mata. Kejayaan Melaka SAMB FC menumbangkan Perak PKNP FC 1-0 di Stadium Hang Tuah malam tadi melalui jaringan tunggal Haresh a/l Pannirselvan ternyata memberikan kegembiraan kepada skuad Remeli Junit apabila mereka turut menempah slot untuk mara ke pusingan seterusnya.

Dua slot dari Kumpulan B dilihat lebih terbuka dengan KL MOF FC dan KDMM FC yang berada di kedudukan ketiga dan keempat tetapi masih boleh dicabar Hanelang FC, UKM FC dan PB Melayu Malaysia.

 

Teks: Norfazlinda Alimad / www.gawang.my

InstaForex
416 K2_VIEWS
ciknda
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree