Piala FAM 2016 | Fazliata Wira Felcra FC

08 September 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Yusri Che Lah, Ketua Jurulatih Felcra FC Foto: Norfazlinda | www.gawang.my

Mohd Fazliata Taib menjadi wira Felcra FC apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama bertemu Melaka SAMB FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FAM 2016 malam tadi.

Bermain di hadapan kira-kira 1, 500 orang penyokong, Melaka SAMB FC dan Felcra FCdilihat beraksi dengan berhati-hati. Terdapat beberapa insiden dan aksi keras yang memaksa pengadil, Mohammad Nasrudin Tamrin melayangkan kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan. Felcra FC dihadiahkan sepakan penalti ketika perlawanan memasuki minit kecederaan. Mohd Fazliata berjaya menewaskan Muhammad Syafizullah Wahab untuk meletakkan anak buah Yusri Che Lah di hadapan.

Separuh masa kedua memperlihatkan Melaka SAMB FC kembali menyusun barisan serangan untuk mencari gol penyamaan namun kecekapan Mohamad Yatim di gawang Felcra FC seringkali mengagalkan usaha tersebut. Malang bagi Melaka SAMB FC apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah Shakir Samad dilayangkan kad kuning kedua di penghujung babak kedua. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Melaka SAMB FC akan berkunjung ke Stadium UM Arena pada 18 September depan untuk perlawanan timbal balik. 

 

Teks: Norfazlinda Alimad / www.gawang.my

550 K2_VIEWS
ciknda
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree