LIGA FAM

LIGA FAM (15)

Pra Musim 2016: Sungai Ara Lawan Seterusnya Buat Felcra

Pasukan Felcra FC selesai menjalankan latihan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada pagi Sabtu untuk persiapan terakhir sebelum perlawanan persahabatan kali kedua menentang pasukan Sungai Ara Fc pada 10.1.2016 di Stadium Mini Sungai Ara.

Foto : Zam Arjuna / www.gawang.my

Tahniah Melaka Juara Liga FAM 2015

Setelah penantian 5 tahun berkelana di dalam saingan Liga FAM,pasukan Melaka United kini boleh berbangga dengan dua pencapaian yang terbaik setelah melayakkan diri ke kancah Liga Premier musim depan serta menamatkan badi 32 tahun untuk menjulang Piala liga FAM di hadapan kira-kira 45 ribu penyokong yang hadir ke stadium Hang Jebat bagi memberi sokongan padu buat anak buah Mat Zan Mat Aris.Turut hadir menyaksikan perlawanan ini TYT Tun Khalil Yaakob serta Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron.

Foto : Mohd Noordin Shariff / www.gawang.my

Tahniah Perlis layak ke Liga Perdana

Perlis sudah memastikan tempat ke Liga Perdana pada musim hadapan manakala Melaka United terpaksa menanti hingga perlawanan terakhir untuk mengiringi Perlis. Dengan kelebihan tiga mata, Melaka United hanya perlu seri menentang Young Fighters FC di laman sendiri.

Misi pasukan Perlis dan Melaka United mengesahkan tempat makin mencabar meskipun masih berbaki 4 sahaja perlawanan setelah pencabar Perlis dalam Kumpulan A iaitu Real Mulia  dan pencabar Melaka United dalam kumpulan B iaitu MISC-MIFA mengejari rapat.

Page 3 of 4
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree