LIGA FAM

LIGA FAM (16)

Misi pasukan Perlis dan Melaka United mengesahkan tempat makin mencabar meskipun masih berbaki 4 sahaja perlawanan setelah pencabar Perlis dalam Kumpulan A iaitu Real Mulia  dan pencabar Melaka United dalam kumpulan B iaitu MISC-MIFA mengejari rapat.

Disebalik beberapa pertikaian berkenaan aksi tidak menentu Harimau Muda C dan juga perlawanan melibatkan pasukan berkenaan telahpun dipercepatkan dalam kancah Liga FAM 2015 yang turut menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan terutama di medium sosial adakah relevan atau tidak penyertaan skuad muda itu, pihak Gawang.my berkesempatan untuk menemu bual ketua jurulatih pasukan tersebut, Hassan Sazali.

Disebalik beberapa pertikaian berkenaan aksi tidak menentu Harimau Muda C dan juga perlawanan melibatkan pasukan berkenaan telahpun dipercepatkan dalam kancah Liga FAM 2015 yang turut menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan terutama di medium sosial adakah relevan atau tidak penyertaan skuad muda itu, pihak Gawang.my berkesempatan untuk menemu bual ketua jurulatih pasukan tersebut, Hassan Sazali.

Jelas Hassan, pihaknya terpaksa mempercepatkan beberapa perlawanan dalam saingan divisyen 3 itu dan tidak memikirkan keputusan yang dicapai sebaliknya lebih memberi peluang kepada pemain-pemain baharu dalam skuad berkenaan menimba pengalaman dalam kancah liga tempatan yang dibarisi pemain-pemain lebih senior dan berpengalaman dalam Liga Malaysia itu sendiri.

Ini berikutan mereka akan menjalani latihan di luar negara(Eropah) bermula pada 27 Mei kelak sehingga 13 Ogos 2015 dimana hampir 16 perlawanan persahabatan telahpun diatur daripada kategori umur yang sama iaitu bawah 19 tahun. Tujuan program kali ini adalah mempersiapkan pasukan dalam menghadapi Kejohanan AFF bawah 19 tahun yang akan berlangsung di Surabaya pada 22 Ogos sehingga 2 September 2015 selain Kelayakan AFC bawah 19 tahun yang turut berlangsung selepas itu pada 28 September sehingga 6 Oktober 2015.

Ketika ditanya adakah beliau berpuas hati dengan pemilihan pemain-pemain baharu dalam skuad itu sahaja memandangkan 98% pemain Harimau Muda C musim lalu sudahpun melebihi had umur dan terpaksa memulakan ‘tapak asas’ yang baharu bagi 2 kejohanan penting tersebut ataupun akan mengambil beberapa lagi pemain muda lain daripada pasukan dalam Liga Malaysia terutama kejohanan bawah umur sebagai kekuatan tambahan, beliau berkata,

“Saya masih lagi memantau pada pemain-pemain berkelayakan di pasukan-pasukan Piala Presiden dan juga daripada kelab-kelab seperti Frenz United. Jadi saya akan memilih yang terbaik bagi menghadapi Kejohanan AFF dan juga Kelayakan AFC”

Untuk rekod, setakat ini pasukan Harimau Muda C sudahpun bermain sebanyak 10 perlawanan kumpulan B saingan Liga FAM 2015 dengan mencatatkan 2 menang, 3 seri dan 5 tewas. Yang terbaru mereka terpaksa akur tumbang 0-2 ditangan Kedah United pada aksi yang berlangsung di Stadium Mini LADA, Pulau Langkawi, petang Ahad yang lalu.

Singa Utara Sasar Liga Premier 2016

Tanpa tajaan mana-mana pihak selain tabung PFA dan geran tahunan FAM, namun itu tidak menjadi penghalang buat anak-anak buah Yusri Che Lah untuk meletakkan sasaran sebagai juara kumpulan sekaligus melayakkan mereka ke divisyen 2 musim hadapan.

Page 4 of 4
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree