LIGA FAM

LIGA FAM (16)

PIALA FAM 2016 | Melaka SAMB FC Benam UKM FC

Pendatang baharu Piala FAM musim ini, Melaka SAMB FC mencatatkan kemenangan bergaya di laman sendiri menewaskan UKM FC 3-1 pada perlawanan pembukaan Ahad lalu. Hatrik Mohd Yusri Abas bantu Melaka SAMB FC kutip 3 mata.

Pra Musim 2016: Sungai Ara Lawan Seterusnya Buat Felcra

Pasukan Felcra FC selesai menjalankan latihan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada pagi Sabtu untuk persiapan terakhir sebelum perlawanan persahabatan kali kedua menentang pasukan Sungai Ara Fc pada 10.1.2016 di Stadium Mini Sungai Ara.

Foto : Zam Arjuna / www.gawang.my

Tahniah Melaka Juara Liga FAM 2015

Setelah penantian 5 tahun berkelana di dalam saingan Liga FAM,pasukan Melaka United kini boleh berbangga dengan dua pencapaian yang terbaik setelah melayakkan diri ke kancah Liga Premier musim depan serta menamatkan badi 32 tahun untuk menjulang Piala liga FAM di hadapan kira-kira 45 ribu penyokong yang hadir ke stadium Hang Jebat bagi memberi sokongan padu buat anak buah Mat Zan Mat Aris.Turut hadir menyaksikan perlawanan ini TYT Tun Khalil Yaakob serta Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA YAB Datuk Seri Ir Hj Idris Haron.

Foto : Mohd Noordin Shariff / www.gawang.my

Tahniah Perlis layak ke Liga Perdana

Perlis sudah memastikan tempat ke Liga Perdana pada musim hadapan manakala Melaka United terpaksa menanti hingga perlawanan terakhir untuk mengiringi Perlis. Dengan kelebihan tiga mata, Melaka United hanya perlu seri menentang Young Fighters FC di laman sendiri.

Page 3 of 4
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree