100 PLUS Liga Premier 2017: Ledakan Hatrik Suzuki, Hatrik Pertama Liga Malaysia 2017 !

21 January 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Pemain import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki mencipta hatrik pertama Liga Malaysia 2017 apabila menjaringkan 3 gol pada aksi pertama 100 PLUS Liga Premier 2017 menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Suzuki, kelahiran Brazil tetapi mempunyai kerakyatan Jepun itu meledak 3 gol dalam tempoh 38 minit separuh masa pertama apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang dalam kotak penalti lawan.

Gol pertama terhasil melalui gerakan individu yang baik dengan Suzuki berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum tenang menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.Lintangan menarik rakan sepasukan, Lee Tuck daripada sebelah kiri berjaya disudahkan dengan tenang menerusi tandukan 'free header' yang melepasi jangkauan Rozaimie di sebelah kanannya untuk gol kedua. Gerakan yang hampir sama seperti mana gol pertama dilakukan oleh pemain berusia 27 tahun ini untuk menambah jumlah akaun golnya apabila tenang memperdayakan pertahanan lawan sebelum merembat kencang dengan menggunakan kaki kiri sekaligus melengkapkan malam gemilang Sang Rusa dihalaman sendiri.

3 gol untuk 3 mata itu meletakkan Negeri Sembilan dipuncak liga, mencerminkan mereka serius untuk kembali semula ke divisyen 1 selepas 2017 merupakan tahun keempat mereka di kancah saingan kelas kedua bola sepak negara.

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

 

 

  • Social network:
360 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree