Kemenangan Pertama Jonathan Behe Bersama Negeri Sembilan

01 July 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Jonathan Behe menjadi tumpuan ketika perlawanan pada Jumaat Foto: Hafis Abd Aziz / www.gawang.my
Tumpuan perlawanan malam semalam semestinya terarah kepada penyerang import baru Negeri Sembilan, Jonathan Behe.
Walaupun kemasukkan Behe bagi menggantikan Marko Simic mendapat kritikan daripada sebilangan besar penyokong Negeri Sembilan, tetapi beliau membuktikan taktikal pasukan Negeri Sembilan sangat memerlukan beliau. 
 
Kegagalan Behe menjaringkan gol pada perlawanan semalam tidak seharusnya menjadi faktor utama untuk mengkritik prestasi beliau. Keupayaan Behe berlari menembusi benteng pertahanan Perlis seharusnya diberi pujian. Beliau memberi banyak pilihan kepada bahagian tengah Negeri Sembilan yang diketuai oleh Lee Tuck untuk menghantar bola semasa merencana serangan. 
 
Kehadiran Behe membolehkan corak permainan Bruno kembali berubah. Jika diperhatikan, corak permainan Bruno pada malam tadi adalah sama seperti 3 perlawanan awal liga. Bruno kembali bebas berlari dan sentiasa berada dalam kawasan pertahanan Perlis.
 
Perlawanan malam tadi adalah antara tempo game play paling laju yang diterapkan oleh pasukan Negeri Sembilan kerana Negeri Sembilan sudah tidak mewujudkan Classic Target Man. 
 
Syabas dan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan masih memimpin carta Liga Premier.
  • Social network:
224 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree