Liga Premier | Kuala Lumpur Terus Cemerlang

12 July 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Kuala Lumpur berjaya merampas kedudukan takhta Liga Premier daripada Negeri Sembilan Foto: Hafis Abd Aziz / www.gawang.my
Selayang 10 Julai, Kuala Lumpur berjaya mencatatkan kemenangan ke-7 berturut-turut dalam saingan Liga Premier selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-2.
 
Negeri Sembilan yang turun tanpa beberapa tonggak utama terlebih dahulu mengancam kubu pertahanan Kuala Lumpur. Tandukan Jonathan Behe diawal minit perlawanan tersasar di sebelah kanan tiang gol Kuala Lumpur. 
 
Ketajaman Guilherme DePaula tidak berjaya dikekang oleh pertahanan Negeri Sembilan apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 melalui tandukan bebas selepas menerima hantaran rakan pasukan menerusi sepakan percuma. Selepas jatingan tersebut Negeri Sembilan seakan hilang arah dan sering kali kehilangan penguasaan bola.
 
Bersambung separuh masa kedua, Negeri Sembilan seperti mendapat suntikan semangat baru. Negeri Sembilan menguasai hampir sepenuh permainan dan sering melakukan serangan ke kubu Kuala Lumpur tetapi gagal diterjemahkan kepada jaringan gol.
 
Pada minit ke-77, Namenja Vidic sidikit hilang fokus apabila tampanan bola beliau di tengah padang terus ke arah DePaula dan dengan mudah DePaula melakukan hantaran kepada Paulo Josue. Paulo Josue dengan mudah melakukan rembatan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.
 
Paulo Josue sekali lagi berjaya melolosi pertahanan Negeri Sembilan pada minit 80 dan berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya  selepas berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan buat kali kedua.
 
Walaupun ketinggalan dengan 3 gol, Negeri Sembilan berjaya menjaringan 2 gol dalam tempoh 6 minit. Bruno berjaya melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti selepas bola gagal dikeluarkan oleh pertahanan Kuala Lumpur pada minit 84. Farderin Kadir membuktikan beliau masih lagi berbisa apabila berjaya menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke-90.
 
Kuala Lumpur berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol sehingga ke wisel penamat. Kemenangan Kuala Lumpur pada malam tadi berjaya meletakkan skuad Lembah Klang itu sebagai pendahulu liga selepas berjaya memintas Negeri Sembilan dengan kelebihan perbezaan gol.
 
Teks oleh: Idzaridan
  • Social network:
16 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree