Kuala Lumpur Juara 100PLUS Liga Premier 2017 !

27 October 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Skuad Warga Kota muncul juara 100PLUS Liga Premier 2017 walaupun tewas 1-3 kepada JDTII pada hari terakhir saingan di Stadium MP Pasir Gudang. Kejuaraan itu sedikit sebanyak dibantu dengan keputusan di Ipoh apabila kekalahan pencabar terdekat, Terengganu yang juga tewas 1-3 kepada PKNP menyaksikan Kuala Lumpur menjulang mahkota kejuaraan dengan kelebihan 'perbezaan gol' setelah kedua-duanya terikat dengan 47 mata.

Terengganu pasti paling berduka dengan keputusan ini kerana mereka terlebih dahulu mendahului sebelum tuan rumah bangkit menjaringkan 3 gol sekaligus membawa PKNP berada dalam kedudukan ketiga terbaik pada musim pertamanya, cuma dibezakan satu mata daripada dua pasukan teratas. Walaupun tewas, ianya tidak menghalang kemaraan skuad Peteh kembali semula ke Liga Super selepas tersingkir daripadanya musim lalu.

Sementara itu, pertemuan sesama sendiri melibatkan dua pasukan terbawah, Perlis bertemu ATM yang berkesudahan dengan 1-1 telahpun mengesahkan kedua-duanya bakal beraksi dalam kancah saingan Piala FAM musim hadapan.

  • Social network:
64 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree