Tekad Afif Pacu 'The Lion Troops' Capai 4 Terbaik

25 January 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Sejak mula berada dalam kancah saingan divisyen 2 pada 2013, tidak banyak yang boleh dibicarakan soal pencapaian yang dicapai pasukan pertama daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini. Namun musim 2017 menyaksikan skuad UiTM FC meraih pencapaian terbaik apabila berada dalam kedudukan keenam terbaik 100 Plus Liga Premier.

Lebih mengujakan, mereka juga menjadi pasukan IPT pertama beraksi dalam kancah kejohanan paling tertua di benua Asia, TM Piala Malaysia.

Kini saingan 2018 yang tinggal lebih kurang seminggu sebelum bermula, kapten UiTM FC, Afif Asyraf melihat persiapan pasukannya sedang berjalan dengan baik. Walaupun hanya Marcel Dechi yang masih bersama pasukan sebagai pemain import manakala baki 3 lagi diisi pemain baharu, namun kekuatan pasukan sudah pasti terarah kepada persefahaman yang masih dikekalkan apabila majoriti pemain musim lalu masih bersama pada musim ini.

Persiapan pra musim yang tertumpu kepada memperkemaskan corak permainan melibatkan aksi dalam dan luar negara juga memperlihatkan mereka serius untuk musim 2018. Salah satu persiapan luar negara yang dirancang antaranya mereka menyertai Kejohanan Furui Cup di China pada Disember lalu menyaksikan mereka muncul naib juara selepas tewas kepada pasukan daripada Croatia, NK Varazdin. Selain itu baru-baru ini UiTM FC turut mengadakan sesi ujian di negara jiran, Indonesia melibatkan 4 aksi persahabatan sepanjang hampir seminggu di sana.

Ketika ditanya apakah sasaran peribadi, pemain berkaki kidal ini mahu sekali lagi menjejakkan kaki dalam kancah saingan Piala Malaysia sambil sasaran 4 terbaik mahu direalisasikannya.

“Alhamdulillah musim lepas merupakan musim yang bersejarah buat UiTM FC dan diri saya sendiri kerana banyak melakukan kejutan dan konsisten dalam saingan liga. In sha Allah kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberi tentangan yang sama sebagaimana musim lepas kepada pasukan-pasukan lain”, ujar Afif yang dihubungi Gawang.my beberapa hari yang lalu.

Pemerhati bola sepak tempatan pula menjangkakan skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail akan lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik bagi membuktikan mereka pasukan IPT terbaik Malaysia. Apatah lagi buat pertama kalinya juga Liga Malaysia bakal menyaksikan pertembungan ‘University Derby’ melibatkan UiTM dan UKM setelah UKM FC muncul naib juara Piala FAM 2017 sekaligus meraih tiket automatik ke saingan divisyen 2.

UiTM, Usaha Taqwa Mulia !

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

 

 

  • Social network:
236 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree