100 Plus Liga Premier 2018: Kebangkitan Luar Biasa Felcra di Kuching !

10 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Aksi ketiga saingan liga pada petang Sabtu, 10 Febuari di Stadium Negeri, Kuching pasti menjadi kenangan berharga buat pasukan Felcra FC apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 kepada Sarawak di separuh masa pertama dengan berjuang habis-habisan bagi mencatatkan kemenangan luar biasa sebaik pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.

 

Pemain import, Casagrande sekali lagi menjadi hero pasukan apabila meledak hatrik di akhir permainan (minit 87, 90+2, 90+3) sekaligus memadam kelebihan 2 gol yang dimiliki tuan rumah menerusi Bobby Gonzales dan Mateo Roskam untuk membantu Felcra meraih kemenangan pertama liga selepas 3 perlawanan. Nyata Casagrande, pemain kelahiran Brazil itu mempunyai impak tersendiri memandangkan sebelum ini dia berjaya memastikan Felcra meraih setidak-tidaknya satu mata pada aksi pertama bertemu PDRM apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-90.

Dengan kemenangan itu Felcra sudah pun meraih 5 mata hasil satu kemenangan dan 2 seri sambil Sarawak mengalami kekalahan pertama selepas mencatatkan satu kemenangan dan satu seri.

  • Social network:
90 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree