LIGA PREMIER

LIGA PREMIER (73)

Liga Malaysia 2016: UiTM- Usaha Takwa Mulia

Sengaja saya mengambil bait-bait rangkap terakhir lagu keramat ‘UiTM Di Hatiku’ sebagai tajuk catatan kali ini. Kenapa? Sudah tentu ia berkait rapat kerana kali ini saya memilih pasukan universiti saya sendiri, UiTM FC yang beraksi dalam Liga Premier 2016 sebagai pilihan terakhir ulasan pra musim sebelum sepak mula sebenar bermula pada hari Jumaat ini, 12 Febuari.

Pra-Musim 2016 : Negeri Sembilan 3 - 1 Felcra FC

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi ini adalah sebagai aksi pemanas badan bagi pasukan Negeri Sembilan sebelum sepak mula Liga Perdana 2016. Negeri Sembilan akan melayan kunjungan pasukan berstatus kelab dari Pahang, Kuantan FA pada 12 Februari 2016.

Foto: Apis Abun | www.gawang.my

 

Liga Malaysia 2016: Menanti Ngauman Singa Utara

Sama ada tuan empunya badan sedar atau tidak, saya yakin ramai pihak melihat faktor Dollah Salleh sebagai asbab penting bagaimana pasukan Perlis 2016 kelihatan garang daripada pandangan mata kasar peminat. Apa tidaknya, hampir separuh daripada senarai pemain yang didaftarkan kali ini merupakan nama-nama ‘regular’ dalam saingan bola sepak tempatan dimana mereka ini sudah tentu berhak berada di pasukan yang punya reputasi semasa yang lebih baik.

Pra Musim 2016: Melaka United perlu bersedia

Melaka United dituntut agar lebih bersedia meskipun telah berjaya mencatatkan lima kemenangan daripada lapan siri perlawanan persahabatan yang telah diadakan.

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree