LIGA PREMIER

LIGA PREMIER (70)

Sabah dan Kuala Lumpur sekadar berkongsi 1 mata

100PLUS LIGA PREMIER 2016: Pemain Kuala Lumpur Konte Modibo membuat jaringan pertama untuk pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-17' dan di susuli oleh pemain tuan rumah Sabah pada minit ke - 26' oleh pemain import Sabah Igor Cerina dan sekali lagi Igor mengegerkan jaring Kuala Lumpur pada minit ke-42'.

100 Plus Liga Premier | Sabah Tekad Memungut 3 Mata

Ketua Jurulatih Sabah, Johnny Dominicus, bertekad untuk memungut tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan esok. Beliau berkata: "Tiada pilihan lain, hanya kemenangan pada malam esok dicari untuk mengelakkan kita berada di zon yang sukar". Johnny juga menasihati kepada pemain-pemainnya bahawa mereka belum berada di zon yang selamat. Sekiranya skuad Sabah menang dalam dua perlawanan di laman sendiri, Sabah sudah berada di dalam 90% zon yang selamat. Dua pemain Sabah yang masih belum pulih 100% daripada kecederaan iaitu Muamer Salibasic dan Everton Souza Santos kemungkinan berada di bangku simpanan malam esok.

 

Teks: Mahapson Mahap / www.gawang.my

100 PLUS Liga Premier 2016: Pesta Gol di Hang Jebat

Kesungguhan pasukan yang berpengkalan di ibu negeri Pahang, Kuantan FA jelas ditonjolkan menerusi persembahan yang sedikit mencemaskan finalis SuperBest Power Piala FA 2016, PKNS FC pada aksi ke-10 100 PLUS Liga Premier 2016 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. Kuantan FA mendahului dengan kelebihan 2 gol dalam tempoh 15 minit pertama menerusi Dao Bakary yang menanduk masuk hantaran Srdjan Vidakovic sebelum Srdjan melepaskan rembatan kencang daripada luar kotak penalti tuan rumah menewaskan Remezey Che Ros.

‘Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari’ mungkin pepatah yang cukup sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku di utara tanah air. Segalanya yang tampak seakan sempurna pada permulaan daripada pasukan Perlis ketika pra musim dan awal saingan liga tempoh hari, nampaknya tidak berterusan dengan lancar apabila sebaliknya yang berlaku.

Page 2 of 18
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree