LIGA PREMIER

LIGA PREMIER (72)

Skuad bimbingan Ismail Zakaria, Kuala Lumpur berjaya bangkit daripada ketinggalan sebelum mencipta kemenangan penting yang memastikan penguasaan sebagai peneraju 100 PLUS Liga Premier 2016 berkekalan selepas tamat perlawanan keenam liga. Gawang penjaga gol Kuala Lumpur yang dikawal Badrulzaman bocor pada minit ke 21 apabila penyerang import prolifik Kuantan FA, Dao Bakary membuka tirai jaringan dengan satu tandukan hasil lambungan Shahrul Aizad.

JDT II Mengaum Di Laman Sendiri

 

Oleh : FIRIN

Pemain JdtII meneruskan rentak permainan dengan bergaya apabila berjaya membenam pemain pihak lawan iaitu Sime Darby di laman sendiri.

Anak buah Benjamin Mora bermain dengan agak baik pada babak separuh masa pertama,namun gagal untuk mebuat sebarang jaringan.

Pemain Sime Darby juga tidak ada kurangnya pada masa babak pertama kerana kerap kali juga membuat cubaan gol namun penjaga gol JdtII Al Hafiz berjaya menempis setiap percubaan yang di lakukan.

Mohd Zaquan Adha berjaya menggegarkan suasana di stadium pasir gudang apabila berjaya memecah kebuntuan gol pertama untuk pasukannya.

Namun kegembiraan itu mampu bertahan selama 8 minit sahaja apabila pemain pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan 1 sama hasil dari jaringan pemain Rafiq Syah.

Pemain JdtII terus mula mengasak ke kubu pihak lawan untuk mencari gol kedua,dan akhirnya pada minit ke 75 berjaya menghasilkan lagi 1 gol dari Irfan Fazail.

Foto : Firin | www.gawang.my

The Seagulls Terbang Tinggi

 

Kuantan FA terus melangkah bergaya di arena Liga Primier 2016 dengan mengumpul 3 mata di dalam perlawanan menentang DRB Hicom malam tadi.

Gol Kuantan FA di jaringkan oleh, Abdul Malek Mat Arif pada minit ke 43 perlawanan.

Kedua-dua pasukan saling menyerang diantara satu sama lain di Stadium Darul Makmur. Walaupun Ketua Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria tidak dibenarkan duduk di bangku kerusi simpanan tetapi ianya tidak merencatkan permainan pasukan Kuantan FA ini.

Liga Primier 110316
Stadium Darul Makmur

Kuantan FA (1) VS (0) DRB Hicom
(KTN) Abd Malek Mat Arif m43'

Foto: Bayu | www.gawang.my

Hajat pendahulu liga, Kuala Lumpur untuk meneruskan rentak kemenangan terbantut apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu bekas pendahulu, UiTM FC pada aksi 100 PLUS Liga Premier 2016 yang berlangsung di Stadium Mini UiTM Shah Alam.

Page 4 of 18
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree