Liga Super 2016 | Kedah Turunkan Pemain digantung Secara Automatik, Pahang Peroleh Kemenangan Percuma

20 October 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Foto: Bayu | www.gawang.my

Liga Malaysia kembali dihangatkan dipenghujung-penghujung musim dengan hukuman yang dikenakan ke atas Kedah.

Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 19 Oktober 2016 memutuskan Persatuan Bolasepak Kedah didapati bersalah kerana menurunkan Mohd Rizal Ghazali yang menjalani penggantungan automatik setelah mengumpul tiga kad kuning pada pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Aman 3 Ogos yang lalu.

Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah tersebut diputuskan bertentangan dan melanggar Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015 (berkenaan Obligasi Pasukan) dan dibaca bersama Artikel 57.1 Kod yang sama berkenaan dengan Ketidaklayakkan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah memutuskan seperti berikut:-

  1. Kedah dilucutkan hak bagi perlawanan Liga Super 2016 menentang Pahang pada 3 Ogos 2016 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan pasukan Kedah dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan Kedah 0-3 Pahang;
  2. Didenda sebanyak RM5,000.00; dan
  3. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.


Sehubungan dengan itu, Pahang diberikan 3 Mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan tersebut.

 

  • Social network:
409 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree