T-Team mangsa amukan Tok Gajah

28 January 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Kekalahan paling besar musim 2017, itulah yang dapat digambarkan untuk perlawanan T-Team menentang Pahang FC malam tadi. Tewas 5-0 tanpa balas sesuatu yang mengejutkan seluruh peminat T-Team yang melihat persiapan pasukannya pada musim ini sangat hebat.

Keputusan sukar untuk diterima, apalagi tiada gol saguhati untuk tuan rumah. Pasukan T-Team perlu mengkaji kelemahan pasukan sepanjang minit perlawanan ini. Kegagalan barisan pertahanan mempertahankan asakan Pahang juga perlu diperhatikan.

Kini selepas dua perlawanan, Pahang selesa ditangga teratas Liga Super namun berkongsi 4 mata dengan JDT, Selangor, Kedah dan Perak. Perlawanan seterusnya Pahang akan bertemu Sarawak di Kuching dan T-Team akan bertemu Pulau Pinang di Penang. Jika diliihat pada prestasi semasa Pahang dan T-Team mampu bangkit untuk perlawanan seterusnya.

  • Social network:
294 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree