Liga Super 2017 | JDT Cipta Sejarah Juara Lagi!

05 August 2017
K2_ITEM_AUTHOR 
Pemain JDT meraikan kejuaraan Liga Super untuk kali keempat berturut-turut selepas tamat perlawanan bertemu Selangor di Stadium MP Selayang pada Sabtu. Foto: Izdi Ariff / www.gawang.my

Dengan kelebihan 11 mata, JDT nyata terus unggul dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan Liga Super bagi musim 2017 biarpun berbaki 3 lagi perlawanan.

Walaupun tewas 1-2 ditangan Selangor pada aksi yang berlangsung di Selayang, tetapi kekalahan pencabar terdekat, Kedah telahpun mengesahkan kejuaraan JDT sebagai satu-satunya pasukan yang mempertahankan mahkota Divisyen 1 buat kali keempat berturut-turut.

Biarpun bermula dengan agak perlahan di awal saingan liga dan juga beberapa isu yang melanda pasukan, namun prestasi konsisten sebaik tumbang 1-2 kepada Perak di Ipoh ada Mac nyata menjadi titik tolak kebangkitan Harimau Selatan apabila jauh meninggalkan pencabar terdekat seperti Kedah dan Pahang dengan kelebihan 9 mata pada satu ketika.

Dikala Kedah dan Pahang tidak begitu konsisten dalam mengutip mata penuh dalam perlawanan wajib menang mereka, momentum kemenangan yang dilakar Safiq Rahim dan rakan-rakan serta tidak mudah melepaskan mata mudah pula menjadi formula penting kepada kejayaan mempertahankan piala buat kali keempat berturut-turut sejak 2014.

 

Tahniah JDT dan seluruh warga penyokong Harimau Selatan!

 

Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

  • Social network:
226 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree