unifi Liga Super 2018: TBG Tambah Duka Lang Merah

07 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Walaupun beraksi di halaman sendiri, skuad Kedah gagal mengambil kesempatan tersebut untuk meraih 3 mata penuh apabila tewas 1-3 kepada Perak pada aksi unifi Liga Super 2018 yang berlangsung di Stadium Darulaman.Tuan rumah ketinggalan 0-1 apabila The Bos Gaurus terlebih dahulu menjaringkan gol apabila Gilmar Da Silva melepaskan satu rembatan daripada luar kotak penalti ketika permainan memasuki minit ke-22.

Lang Merah yang membariskan kesebelasan yang hampir sama ketika tewas di Larkin Sabtu lalu dilihat sedikit tersentak namun kembali mencipta gerakan bagi mencari gol penyamaan tetapi keputusan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Usaha tuan rumah yang banyak mengatur serangan tertumpu disebelah kiri berhasil jua akhirnya apabila kelincahan Akhyar Rashid nyata mengundang masalah buat barisan pertahanan pelawat. Pada minit ke 74, Akhyar dikasari dalam kotak penalti dan pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Sandro Mendonca Da Silva.

Berselang beberapa minit kemudian, Kedah kehilangan perancang import, Liridon Krasniqi yang dilayangkan kad merah selepas mengutip 2 kad kuning dan ianya nyata merencatkan usaha anak-anak buah Ramon Marcote mencari gol kemenangan.

Perak mengambil kesempatan tersebut apabila menambah 2 lagi gol dipenghujung babak permainan dengan jaringan yang dilakukan oleh Nazrin Nawi serta Nazirul Naim memastikan malam gemilang Skor Yob Skor di Darulaman menjadi kenyataan.

123 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree