unifi Liga Super 2018: Pahang Lega, Kelantan Terus Kecewa

11 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Kuantan - Pertemuan derby pantai timur di Stadium Darul Makmur malam tadi menyaksikan skuad Tok Gajah menarik lafas lega mengutip 3 mata pertama selepas membenam Kelantan 3-0.

Gol pertama pahang hadir pada minit ke-13 berpunca daripada sepakan percuma Chan Vathanaka dan disempurnakan dengan baik tandukan Francis Forkey Doe yang baru sahaja diikat Pahang sebelum pintu perpindahan ditutup Ahad ini.

Barisan pertahanan Kelantan terus diuji dengan beberapa percubaan tapi kecekapan penjaga gol utama Kelantan , Khairul Fahmi berjaya menahan gawang Kelantan terus dibolos.Kelantan membuat dua pertukaran serentak memasukkan Farhan dan akif di minit ke 40.

Bersambung separuh masa kedua,serangan demi serangan dibuat Pahang.Minit ke-55 , hasil sepakan penjuru Vathanaka berjaya disudahkan dengan tolakan Sumareh untuk memberikan Pahang selesa berada didepan dengan 2-0

Nor Azam terus mengecewakan pasukan pelawat dengan meledak gol ketiga pada minit ke-87 dengan sepakan deras dari luar kotak penalti.

Selepas 3 perlawanan , Pahang naik ke tangga kelima manakala Kelantan terus terperosok ke bawah liga dengan hanya mengutip 1 mata.

  • Social network:
77 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree