unifi Liga Super 2018: The City Boys Kejutkan Harimau Selatan

11 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Kontroversi sebelum sepak mula berlangsung setelah pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) memberikan hampir 80% tiket kepada penyokong Johor Darul Ta'zim sehingga menimbulkan kemarahan penyokong Kuala Lumpur tidak menghalang skuad warga kota mengejutkan Juara Piala Sumbangsih 2018, Johor Darul Ta'zim di Stadium Bolasepak Cheras.


Pendatang baharu Liga Super ini berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui pemain import pasukan Paulo Josué pada minit ke-46.

Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu terpaksa diberhentikan pada minit ke-54 dan ditunda ke hari ini disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Perlawanan bersambung pada Ahad dengan berbaki 36 minit permainan. Johor Darul Ta'zim berterusan melakukan serangan, namun benteng pertahanan Kuala Lumpur begitu ampuh menyerap tekanan daripada dibocori.

Harimau Selatan gagal menjaringkan gol penyamaan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

  • Social network:
89 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree