Hasrat Melaka United untuk melakar kejutan ke atas Harimau Selatan tidak kesampaian apabila tunduk 3-0 di Larkin pada aksi keempat Unifi Liga Super 2018 pada Sabtu.

Naning Derby | Melaka United 'ratah' Negeri Sembilan

"Naning Derby" antara perlawanan yang menarik tumpuan apabila dua pasukan "jiran" bertemu di atas padang. Peluang dilihat seimbang pada kedua-dua pasukan mengutip 1 kemenangan dan 1 kekalahan di dalam dua perlawanan UNIFI Liga Super yang terdahulu. Namun, Melaka United kembali bangkit daripada kekalahan di tangan "Gergasi Merah" dengan kemenangan bergaya me'ratah' Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad.

Kontroversi sebelum sepak mula berlangsung setelah pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) memberikan hampir 80% tiket kepada penyokong Johor Darul Ta'zim sehingga menimbulkan kemarahan penyokong Kuala Lumpur tidak menghalang skuad warga kota mengejutkan Juara Piala Sumbangsih 2018, Johor Darul Ta'zim di Stadium Bolasepak Cheras.

unifi Liga Super 2018: Akhyar Wira Hijau Kuning

Skuad hijau kuning akhirnya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan liga apabila gol tunggal daripada pemain muda sensasi, Akhyar Rashid pada minit 85 nyata menjadi titik penting kepada anak buah Ramon Marcote meraih 3 mata pertama selepas dua kali mengalami kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Page 1 of 27
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree