Selangor dan Melaka United berkongsi mata

Disaat Melaka United sudah mampu menyaingi Selangor dan cuba mengejutkan Selangor dengan jaringan awal minit 69 oleh Khairu Azrin, namun terpaksa akur dengan berkongsi 1 mata bersama Selangor selepas Victoras Astafei berjaya menyamakan kedudukan pada minit 81. Keputusan muktamad di stadium Selayang Selangor 1-1 Melaka United.

Ghaddar masih lagi berbisa

Jaringan dua gol Ghaddar dan 1 gol Piya sudah mampu meranapkan impian PKNS FC untuk bangkit daripada kekalahan lepas. Keputusan muktamad Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh di Shah Alam.

JDT I lepas geram pada Felda United

Kememangan JDT I 3-1 keatas Felda United malam tadi menyaksikan kemantapan kombinasi pemain muda, senior dan import JDT 2017. Azamuddin Akil hebat mengatur hantaran tepat untuk membolehkan 2 gol kemenangan menjadi milik JDT.

T-Team mangsa amukan Tok Gajah

Kekalahan paling besar musim 2017, itulah yang dapat digambarkan untuk perlawanan T-Team menentang Pahang FC malam tadi. Tewas 5-0 tanpa balas sesuatu yang mengejutkan seluruh peminat T-Team yang melihat persiapan pasukannya pada musim ini sangat hebat.

Page 2 of 25
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree