Felda United ekori rapat JDT

Felda United masih pencabar rapat JDT. Kemenangan tipis keatas Selangor 2-1 masih meletakkan Felda United antara pasukan digeruni mampu merampas kejuaraan Liga Super 2016 ini.

JDT kekal gayat ditahta liga

Jaringan tunggal Diaz pada minit 47 sudah cukup untuk JDT mendapat 3 mata berharga untuk kekal gayat ditahta Liga. 

Liga Super 2016: Lang Merah Kempunan 3 Mata

Walaupun beraksi di halaman sendiri, skuad Kedah gagal mengambil kesempatan tersebut untuk meraih 3 mata penuh apabila sekadar terikat 1-1 bertemu JDT pada aksi yang berlangsung di Stadium Darulaman. Tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai gol seawal minit pertama permainan dengan Baddrol Bakhtiar mudah menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan dalam kotak penalti Harimau Selatan.

Liga Super 2016: Felda Belasah Sang Penyu di Gong Badak

Pasukan pelawat, Felda United berjaya membawa pulang 3 mata penting daripada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak apabila mencatatkan kemenangan besar 4-1 keatas tuan rumah, Terengganu pada aksi keenam Liga Super 2016. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi ‘half volley’ Joseph Kalang Tie pada minit ke 25 yang terbias salah seorang pemain pertahanan Felda sekaligus menewaskan Farizal Harun di gawang gol.

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree