Liga Super 2016: Lang Merah Kempunan 3 Mata

Walaupun beraksi di halaman sendiri, skuad Kedah gagal mengambil kesempatan tersebut untuk meraih 3 mata penuh apabila sekadar terikat 1-1 bertemu JDT pada aksi yang berlangsung di Stadium Darulaman. Tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai gol seawal minit pertama permainan dengan Baddrol Bakhtiar mudah menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan dalam kotak penalti Harimau Selatan.

Liga Super 2016: Felda Belasah Sang Penyu di Gong Badak

Pasukan pelawat, Felda United berjaya membawa pulang 3 mata penting daripada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak apabila mencatatkan kemenangan besar 4-1 keatas tuan rumah, Terengganu pada aksi keenam Liga Super 2016. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi ‘half volley’ Joseph Kalang Tie pada minit ke 25 yang terbias salah seorang pemain pertahanan Felda sekaligus menewaskan Farizal Harun di gawang gol.

Diatas kertas, sudah tentu pertembungan Liga Super 2016 antara juara bertahan, JDT yang akan melayan kunjungan skuad The Bos Gaurus di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada Selasa, 5 April ini dijangka terus didominasi oleh tuan rumah berdasarkan persembahan yang dipamerkan ketika saingan suku akhir kedua SuperBest Power Piala FA hujung minggu lalu.

Harimau Kumbang Tiada Rezeki

 

SUHAIB SHAPIEE

Harimau Kumbang tiada rezeki di Kelantan ketika menentang pasukan tuan rumah Pamoga Qu Puteh The Red Warrior pada perlawanan sebelum ini.


Penyerang muda Pulau Pinang, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew berkata bahagian serangan perlu lebih agresif dan kuat.

  "Sepatutnya kita mampu menang bertemu PQPTRW tetapi sedikit kelekaan pemain memberi pihak lawan menjaringkan dua gol separuh masa pertama.

  " Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan jaringan dan mempertahankan pintu gol sendiri tapi apakan daya tiada rezeki.

 " Saya berharap kami boleh mengutip tiga mata pada perlawanan seterusnya", kata Jafri Chew.

  "Saya memohon maaf atas kekalahan dan menghargai susah payah penyokong yang hadir pada malam perlawanan di Kelantan," katanya.

  Menurut Muhammad Jafri, dia tidak rela lagi pintu gol pasukan Pulau Pinang dibolos lagi pada perlawanan seterusnya.

  Pulau Pinang akan bertemu Sarawak pada perlawanan seterusnya 5 April 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Foto : Suhaib Shapiee

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree