Piala Presiden 2015: Sime Darby, Kedah dan PDRM Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Bagi Pusingan Pertama

08 April 2015
K2_ITEM_AUTHOR 

9 perlawanan tanpa kalah! Angka yang boleh dianggap sebagai satu tanda aras yang cukup baik diletakkan oleh ketiga-tiga pasukan ini dalam kumpulan masing-masing dimana Sime Darby untuk kumpulan A sementara Kedah dan PDRM untuk kumpulan B.

Aspek konsisten yang dipamerkan oleh ketiga pasukan ini yang masih belum tewas sehingga Rabu petang tadi menyaksikan kemampuan pasukan-pasukan tersebut dalam menangani persaingan serta cabaran yang diberikan oleh pasukan lain yang turut berhajat meneruskan kemaraan di pusingan kalah mati kelak.

Persaingan yang cukup sengit dalam kumpulan A menyaksikan Sime Darby dan Perak melakar bilangan keputusan yang sama namun dipisahkan kedudukan mereka dengan perbezaan jaringan dimana Sime Darby berjaya mendahului bekas juara Piala Presiden musim lalu itu. Walaubagaimanapun, aksi terakhir pusingan pertama petang tadi yang menemukan kedua-dua pasukan ini berpihak kepada Sime Darby bagi meneruskan rekod kebal tersebut.

Sementara dalam kumpulan B, Kedah berada di persada kumpulan ini dengan kelebihan 3 mata yang sebenarnya masih belum cukup selamat buat pasukan bimbingan Mohamad Ramlee itu. Bagi PDRM pula, rekod tanpa kalah bagi 9 perlawanan berturut-turut masih belum mampu melonjakkan kedudukan mereka ke posisi teratas sebaliknya sekadar ditangga keempat liga sahaja rentatan muncul sebagai pasukan mencatatkan keputusan seri paling banyak pada pusingan pertama dengan 5 kali seri daripada 9 perlawanan liga.

Berikut keputusan aksi ke-8 Piala Presiden 2015(Rabu, 8 April 2015) :

KUMPULAN A
Sime Darby 2-1 Perak
Johor 4-2 Sarawak
Perlis 2-1 T-Team
Pahang 3-0 ATM
Terengganu 2-1 Selangor

KUMPULAN B
PKNS 0-2 Felda United
Kuala Lumpur 0-2 Kedah
Melaka 1-1 Kelantan
PDRM 2-1 Negeri Sembilan
Pulau Pinang 4-0 Sabah

788 K2_VIEWS
Asyraaf
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree