kelantan perlukan Brendan Gan

Melihat prestasi semasa Kelantan, Pasukan ini amat memerlukan kehadiran Brendan Gan untuk memperkemaskan barisan tengah yang dilihat kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan Kelantan sebelum ini. Malah Brendan Gan layak untuk memegang sementara status kapten pasukan daripada Piya yang dilihat sedang merudum prestasinya.

Selangor dan JDT I terus kebal di laman sendiri, perlawanan semalam menyaksikan Lions XII dibelasah 4 gol tanpa balas oleh Selangor manakala JDT I menambah derita Kelantan dengan mencatat kemenangan 3-1.

Selangor ungguli persada liga

Shah Alam: Kebangkitan The Red Giant menyaksikan pasukan itu terus mencipta rekod kemenangan bergaya untuk merampas kedudukan teratas liga melalui kelebihan jaringan gol meskipun terpaksa berkongsi 14 mata bersama  Terengganu dan Felda United.

Kedah Uji ‘Sentuhan Eropah’

 

Rentetan aksi kurang memberi kesan mendalam kepada pasukan yang disajikan oleh duo import daripada benua Afrika iaitu Chidi Edeh dan Lawrence Olum biarpun mempunyai rekod yang baik sebelum ini, pengurusan pasukan Kedah bertindak pantas dengan mencari segera calon pengganti demi memastikan perancangan pasukan kembali ke landasan yang sebenar.

Paulo Ranger ledak dua gol

Paulo Ranger kembali menyerlah dengan sentuhan berbisa membantu menjaringkan dua gol untuk Terengganu menang 2-1 ke atas Sime Darby pada malam tadi.

LIGA SUPER 2015 | TERENGGANU (2) - (1) KL SIME DARBY

Paulo Rangel M45"
Nemanja Vidakovic M61"
Paulo Rangel M78"

Giliran Felda United teraju liga

Giliran Felda United pula menambah derita kekalahan pasukan ATM musim 2015 ini, apabila Felda United menang tipis 2-1 keatas ATM sekaligus memberi peluang kepada Felda United menerajui liga pada minggu ini.

Gambar:Pemain FELDA UNITED FC,Ahmad Syamim Yahya meraikan jaringannya selepas menjaringkan gol kedua pasukannya.

Keputusan semasa: Felda United FC 2-1 ATM

Gol Felda (Edward Junior & Syamim)

Foto: Mohd Hisyam Saleh / www.gawang.my

Page 1 of 3
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree