The Latest

Kaki Nik Shahrul Azim patah?

Pemain pertahan PQTRW Nik Shahrul Azim dikejarkan ke hospital serta merta kerana dikhabarkan kaki kanannya patah.

Foto oleh : ahmad taufiq / www.gawang.my

100 Plus Liga Premier | Sabah Tekad Memungut 3 Mata

Ketua Jurulatih Sabah, Johnny Dominicus, bertekad untuk memungut tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan esok. Beliau berkata: "Tiada pilihan lain, hanya kemenangan pada malam esok dicari untuk mengelakkan kita berada di zon yang sukar". Johnny juga menasihati kepada pemain-pemainnya bahawa mereka belum berada di zon yang selamat. Sekiranya skuad Sabah menang dalam dua perlawanan di laman sendiri, Sabah sudah berada di dalam 90% zon yang selamat. Dua pemain Sabah yang masih belum pulih 100% daripada kecederaan iaitu Muamer Salibasic dan Everton Souza Santos kemungkinan berada di bangku simpanan malam esok.

 

Teks: Mahapson Mahap / www.gawang.my

Tiga mata berharga milik PDRM

Tiga mata berharga milik PDRM apabila berjaya menumpaskan pasukan PKNS 2-1 digelanggang sendiri. Keputusan ini membolehkan PDRM mengungguli kumpulan C dengan 7 mata diikuti Perak dengan 6 mata apabila Perak berjaya menundukkan JDT 3-0 tanpa balas di Stadium Perak.

 

Pahang tundukkan ego Selangor

Pemain Selangor Raimi Md Nor cuba memberi asakan kepada pemain Pahang FC Mattew Thomas Davies.

Keputusan penuh: Pahang FC 1 - 0 Selangor ( Mattew Davies 31')

Foto : Reyme / www.gawang.my

Kelantan menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur

Para pemain Kelantan meraikan gol tunggal perlawanan hasil sepakan penalti Blazhe Ilijoski pada minit ke 50 perlawanan dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Foto : Wan Ahmad Jauzi / www.gawang.my

 

Sarawak bangkit, T-Team terus merudum

Pasukan Sarawak berjaya membaiki kedudukan carta Liga Super di tangga ke 9 apabila berjaya menundukkan pasukan tuan rumah TTeam FC di Kuala Terengganu semalam.

Pulau Pinang menang tipis keatas Kedah

Perebutan bola antara Farhan Roslan dengan Rafiuddin Roddin pada aksi Liga Super 2016 yang berlangsung di Stadium Bandaraya. Keputusan penuh Pulau Pinang menang tipis keatas Kedah dengan keputusan 3-2.

Foto: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

Perak makin garang

Perak berjaya menang mengekalkan momentum kemenangan apabila mampu menundukkan Pahang 2-1 di Kuantan malam tadi.

Felda United ekori rapat JDT

Felda United masih pencabar rapat JDT. Kemenangan tipis keatas Selangor 2-1 masih meletakkan Felda United antara pasukan digeruni mampu merampas kejuaraan Liga Super 2016 ini.

JDT kekal gayat ditahta liga

Jaringan tunggal Diaz pada minit 47 sudah cukup untuk JDT mendapat 3 mata berharga untuk kekal gayat ditahta Liga. 

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree