The Latest

Piala FAM 2016 | Felcra FC Kekal Terajui Kumpulan A

Keputusan seri 2-2 bertemu MISC-MIFA di Stadium Hang Tuah malam tadi tidak menggugat kedudukan Felcra FC selaku peneraju Kumpulan A bagi saingan Piala FAM 2016. Felcra FC kini berkelebihan 5 mata mengatasi pesaingan di tangga kedua, MISC-MIFA yang mengutip 20 mata walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan.

100 PLUS Liga Premier 2016: Pesta Gol di Hang Jebat

Kesungguhan pasukan yang berpengkalan di ibu negeri Pahang, Kuantan FA jelas ditonjolkan menerusi persembahan yang sedikit mencemaskan finalis SuperBest Power Piala FA 2016, PKNS FC pada aksi ke-10 100 PLUS Liga Premier 2016 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. Kuantan FA mendahului dengan kelebihan 2 gol dalam tempoh 15 minit pertama menerusi Dao Bakary yang menanduk masuk hantaran Srdjan Vidakovic sebelum Srdjan melepaskan rembatan kencang daripada luar kotak penalti tuan rumah menewaskan Remezey Che Ros.

‘Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari’ mungkin pepatah yang cukup sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku di utara tanah air. Segalanya yang tampak seakan sempurna pada permulaan daripada pasukan Perlis ketika pra musim dan awal saingan liga tempoh hari, nampaknya tidak berterusan dengan lancar apabila sebaliknya yang berlaku.

Jika sebelum ini, kebanyakan pasukan terutama daripada kelas divisyen 2 hanya akan beraksi sekitar ¾ daripada semusim Liga Malaysia berlangsung dek kerana kegagalan layak ke saingan TM Piala Malaysia, perubahan format bermula 2016 mungkin akan menjadi penyelesaian terbaik buat permasalahan yang sudah wujud sejak sekian lama itu.

Liga Super 2016: Lang Merah Kempunan 3 Mata

Walaupun beraksi di halaman sendiri, skuad Kedah gagal mengambil kesempatan tersebut untuk meraih 3 mata penuh apabila sekadar terikat 1-1 bertemu JDT pada aksi yang berlangsung di Stadium Darulaman. Tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai gol seawal minit pertama permainan dengan Baddrol Bakhtiar mudah menolak masuk hantaran silang rakan sepasukan dalam kotak penalti Harimau Selatan.

KOTA KINABALU: Jaringan Muhammad Hafily Haikal pada minit ke-31 sudah cukup untuk membuktikan bahawa pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) masih berbisa walaupun bermain di tempat lawan.

Sabah berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-90 apabila sepakan Rawilson Batui terkena tangan Mohamad Fandi Othman dan dihadiahkan sepakan penalti bagaimanapun, Marco Tulio mensia-siakan peluang baik itu apabila sepakan penaltinya tersasar di atas palang dan kedudukan 0-1 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Sabah, Leopold Alfonso Otong dilayangkan kad merah di masa kecederaan perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua.

Foto : Mahapson (Sabah) | www.gawang.my

SuperBest Power Piala FA 2016: Bekal Tipis Kedah ke Larkin

Tuan rumah, Kedah memanfaatkan aksi di halaman sendiri apabila berjaya mengatasi pasukan pilihan, JDT dengan keputusan 2-1 pada aksi SuperBest Power Piala FA 2016 yang berlangsung di Stadium Darulaman. Kedah membuka tirai jaringan pada minit ke 16 apabila Farhan Roslan bijak menyudahkan peluang terhidang hasil tandukan Bang Seung Hwan dalam kotak penalti.

NGAUMAN JDT II

 

Selepas mempamerkan kebangkitan luar biasa mengikat PKNS FC dengan keputusan 3-3 di Stadium Hang Jebat pada4 April lalu, anak didik Benjamin Mora terus mengaum bertemu Perlis di laman sendiri.

Skuad bimbingan Ismail Zakaria, Kuala Lumpur berjaya bangkit daripada ketinggalan sebelum mencipta kemenangan penting yang memastikan penguasaan sebagai peneraju 100 PLUS Liga Premier 2016 berkekalan selepas tamat perlawanan keenam liga. Gawang penjaga gol Kuala Lumpur yang dikawal Badrulzaman bocor pada minit ke 21 apabila penyerang import prolifik Kuantan FA, Dao Bakary membuka tirai jaringan dengan satu tandukan hasil lambungan Shahrul Aizad.

Liga Super 2016: Felda Belasah Sang Penyu di Gong Badak

Pasukan pelawat, Felda United berjaya membawa pulang 3 mata penting daripada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak apabila mencatatkan kemenangan besar 4-1 keatas tuan rumah, Terengganu pada aksi keenam Liga Super 2016. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi ‘half volley’ Joseph Kalang Tie pada minit ke 25 yang terbias salah seorang pemain pertahanan Felda sekaligus menewaskan Farizal Harun di gawang gol.

Page 10 of 35
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree