The Latest

Kedah ke Final Lagi !

Kedah meneruskan rentak kecemerlangan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila sekali lagi mara ke pentas perlawanan akhir TM Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan Felda United pada aksi separuh akhir dengan keputusan 2-0.

Piala Presiden 2017: Gergasi Merah Julang Kejuaraan Kali ke-5

Selangor muncul juara Piala Presiden 2017 walaupun tewas 0-1 kepada Terengganu pada aksi final kedua yang berlangsung di Kuala Terengganu. Namun keputusan itu nyata belum cukup untuk memadamkan kelebihan 2 gol yang dibawa Gergasi Merah ke halaman lawan yang dicipta pada minggu lalu.

Piala Belia 2017: Hijau Kuning Julang Kejuaraan Kali Pertama

Kelebihan 2 gol ditempat lawan nyata menjadi tonik penting ketika skuad Kedah menjuarai Piala Belia 2017 setelah menyingkirkan cabaran Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dengan peraturan gol ditempat lawan menjadi penentu kemenangan setelah terikat 3-3 secara agregatnya. Kemenangan itu juga merupakan kemenangan buat julung kalinya untuk arena bola sepak hijau kuning sejak Piala Belia diperkenalkan pada tahun 2008.

Tamat 90 minit pertama separuh akhir TM Piala Malaysia 2017, baik di Jengka mahupun di Ipoh, pasukan pelawat dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk mara ke perlawanan akhir jika bersandarkan kepada peraturan gol ditempat lawan. Kedua-dua perlawanan yang berkesudahan 1-1 itu memperlihatkan Kedah dan JDT punya sedikit kelebihan menjelang aksi kedua pada hari Sabtu hadapan.

Tuan rumah, Selangor memanfaatkan peluang bermain di Stadium MP Selayang apabila mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Terengganu pada aksi pertama 'final' Piala Presiden 2017. 2 gol awal yang diperoleh pada separuh masa pertama menjadi bekalan penting menjelang aksi kedua kelak yang bakal berlangsung pada hari Jumaat hadapan di Kuala Terengganu.

Piala Belia 2017: SSMP Bawa Bekalan Tipis ke Alor Setar

Tamat saingan ‘final’ pusingan pertama Piala Belia 2017, skuad bawah 17 tahun SSMP berjaya menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri apabila mengatasi Kedah dengan keputusan 3-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Mini UiTM Shah Alam. Kemenangan tipis itu menyaksikan mereka membawa kelebihan 1 gol menjelang aksi kedua pada hari Isnin kelak.

Harapan skuad kebangsaan untuk menghidupkan peluang mara ke peringkat akhir Piala Asia 2019 semakin tipis susulan kekalahan 0-2 kepada Hong Kong pada aksi ketiga kumpulan kelayakan pada Selasa malam.

Piala FAM 2017: UKM Cipta Sejarah, Sime Darby Sekat Hajat Felcra

Kemenangan tipis 1-0 sudah cukup untuk kedua-dua tuan rumah, Sime Darby dan juga UKM FC untuk mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2017 setelah menyingkirkan lawan masing-masing(Felcra & Shahzan Muda) pada petang Ahad. Di Stadium UKM, gol minit dipenghujung separuh pertama masa tambahan oleh Faidzol Fazreen memastikan pasukannya mencipta sejarah tersendiri apabila bakal beraksi dipentas saingan kedua tertinggi bola sepak negara buat pertama kali. UKM bakal mengikuti jejak langkah UiTM sebagai pasukan elit daripada kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bermain dalam kancah Liga Premier.

Hadir dengan ketinggalan daripada segi peraturan gol ditempat lawan nyata tidak menjejaskan fokus pasukan Terengganu ketika menuju ke Kota Bharu apabila menggunakan kesempatan baki 90 minit dengan menyingkirkan Kelantan selaku juara bertahan. Walaupun Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nik Azli, tetapi 2 gol pantas Haidhir Suhaini dalam tempoh 2 minit nyata menyentap semangat juang tuan rumah. TRW cuba bangkit dengan Daniel Ashraf menjaringkan gol penyamaan namun itu belum cukup apabila skuad Peteh mara ke pentas final dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Piala Belia 2017: Kedah & SSMP Cipta Sejarah ke 'Final' !

Pasukan Kedah dan SSMP B-17 tahun mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir kejohanan Piala Belia buat pertama kali dalam sejarah penyertaan mereka. Kedah yang ketinggalan 0-1 kepada Terengganu sebaik tamat separuh akhir pertama bangkit melawan pada aksi kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila menang 3-2 sekaligus mara dengan kelebihan gol ditempat lawan walaupun terikat 3-3 secara agregatnya.

Page 2 of 37
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree