The Latest

Perak menang tipis ke atas Pulau Pinang

Perak berjaya menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0. Gol dijaringkan oleh Shahrul Saad pada minit ke 78.

Selangor dan Melaka United berkongsi mata

Disaat Melaka United sudah mampu menyaingi Selangor dan cuba mengejutkan Selangor dengan jaringan awal minit 69 oleh Khairu Azrin, namun terpaksa akur dengan berkongsi 1 mata bersama Selangor selepas Victoras Astafei berjaya menyamakan kedudukan pada minit 81. Keputusan muktamad di stadium Selayang Selangor 1-1 Melaka United.

Ghaddar masih lagi berbisa

Jaringan dua gol Ghaddar dan 1 gol Piya sudah mampu meranapkan impian PKNS FC untuk bangkit daripada kekalahan lepas. Keputusan muktamad Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh di Shah Alam.

JDT I lepas geram pada Felda United

Kememangan JDT I 3-1 keatas Felda United malam tadi menyaksikan kemantapan kombinasi pemain muda, senior dan import JDT 2017. Azamuddin Akil hebat mengatur hantaran tepat untuk membolehkan 2 gol kemenangan menjadi milik JDT.

T-Team mangsa amukan Tok Gajah

Kekalahan paling besar musim 2017, itulah yang dapat digambarkan untuk perlawanan T-Team menentang Pahang FC malam tadi. Tewas 5-0 tanpa balas sesuatu yang mengejutkan seluruh peminat T-Team yang melihat persiapan pasukannya pada musim ini sangat hebat.

"Hukuman berat memiliki, menggunakan, jual jersi tiruan TRW"

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) memandang serius berhubung jualan jersi The Red Warrior (TRW) ciplak yang dijual secara berleluasa di pasaran dan tidak akan berkompromi kepada peniaga yang degil.

Komen menarik di status TSAM- "Haters" Kagumi TMJ?

Aku baru lepas tengok nama-nama yang dicalonkan untuk jawatan Presiden FAM. Aku sokong Tunku Ismail walaupun aku haters JDT. Semua orang tahu aku haters JDT. Benci sampai ke tulang hitam. Tapi ada lah sebab aku sendiri kenapa aku nak baginda naik jadi Presiden FAM. Haters pun haters jugak tapi bab rasional kena rasional. Ini sebab-sebabnya.

Perlawanan tertunda diganti pada 21 febuari ini

Perlawanan yang ditunda pada 21 januari lalu akan diganti pada 21 februari ini di stadium asal perlawanan. Berikut adalah 3 perlawanan yang terlibat:

Liga Malaysia 2017: KFA & Kelab Penyokong Perkukuh Hubungan

Bertempat di Dewan Kenanga, Stadium Darulaman, berlangsung satu sesi pertemuan antara pihak Jawatankuasa Tiket & Pintu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bersama wakil kelab penyokong pada petang Rabu 25 Januari. Tujuan perjumpaan ini lebih kepada untuk meningkatkan kualiti dan mutu urusan berkenaan soal tiket melibatkan penyokong dan pihak pengurusan serta membina hubungan dua hala yang lebih baik amnya. Pihak KFA yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu, Shaharol Niza Omar menjelaskan beberapa kekeliruan soal tiket dan juga mendengar cadangan serta suara penyokong yang diwakili beberapa kelab penyokong.

Khairul Fahmi pemain bola sepak Malaysia paling popular di media sosial

Melalui pemerhatian di laman-laman media sosial pemain bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi antara pemain bola sepak Malaysia yang paling aktif dan popular di instagram dengan jumlah pengikut mencapai 413 ribu  (follower) dan kerap mengemaskini status di instagramnya.

Page 3 of 35
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree