The Latest

Liga Super 2017: Perak Pahang Sama Kuat

21 Januari 2017, Ipoh : Pasukan Perak berjaya bangkit daripada ketinggalan di saat-saat akhir perlawanan pertama Liga Super 2017 menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan pelawat terlebih dahulu berjaya mendahului pada minit 56 menerusi Shamin Yahya hasil hantaran Ashari Samsudin daripada sebelah kanan gawang Perak.

Hujan lebat berterusan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur menyaksikan kesemua perlawanan pertama Liga Malaysia 2017 yang berlangsung di sana terpaksa ditunda berikutan keadaan padang yang tidak mengizinkan permainan berlangsung. Selain itu, keadaan padang dan cuaca yang mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada para pemain dan keselesaan penonton serta kesan kepada fasiliti stadium turut menjadi faktor perlawanan-perlawanan tersebut ditunda.

Pemain import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki mencipta hatrik pertama Liga Malaysia 2017 apabila menjaringkan 3 gol pada aksi pertama 100 PLUS Liga Premier 2017 menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Suzuki, kelahiran Brazil tetapi mempunyai kerakyatan Jepun itu meledak 3 gol dalam tempoh 38 minit separuh masa pertama apabila bijak memanfaatkan peluang terhidang dalam kotak penalti lawan.

Liga Malaysia 2017: Penantian 23 Tahun Kedah Berakhir

Skuad hijau kuning menamatkan penantian selama 23 tahun untuk menjulang semula Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menang penentuan sepakan penalti 5-4 keatas tuan rumah, JDT pada aksi Perlawanan Sumbangsih 2017 yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin.

Terima kasih Mario Gomez!

Mario Gomez layak dinobatkan jurulatih paling bernilai dan berjaya dalam sejarah bola sepak Johor dan Malaysia. Beliau berkhidmat sejak april 2015 menggantikan tugas Bojan Hodak dan 18 januari 2017 beliau memilih untuk tidak lagi bersama JDT.

Ini Masanya Kita Belajar Cara Kerja 'Jiran' Sebelah

BUKAN HANYA DI EROPAH.

Rasanya tak perlu untuk kita pergi jauh sampai ke Eropah untuk belajar mengurus dan membentuk sebuah pasukan bolasepak yang bagus. Hanya jenguk ke utara kita, Thailand. Ya, Buriram United.

Mula 2011: TGI Pelopor Kelab Bola Sepak Komuniti

Pasukan bola sepak berteraskan komuniti semakin menjadi "trend" kini dan mula mendapat sokongan daripada pendokong bola sepak Malaysia. Tanjung Ipoh United FC atau lebih dikenali sebagai TGI United FC, sebuah kelab dari Kuala Pilah yang diasaskan oleh seorang wanita yang mahu melihat anak-anak Negeri Sembilan berada pada aras tertinggi dalam sukan bola sepak, antara kelab bola sepak berteraskan komuniti yang sedang meningkat naik dan mencuri tumpuan pemerhati bola sepak.

Liga Malaysia 2017: Harimau Kumbang Bersemangat Baharu Dengan LEGEA

Bertempat di Stadium Bandaraya, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan penaja baharu, LEGEA untuk kegunaan skuad Harimau Kumbang bagi musim 2017. Pihak penaja, LEGEA mengekalkan warna yang sudah sinonim dengan Pulau Pinang apabila jersi 'home' berteraskan warna biru sementara jersi 'away' bertemakan warna putih untuk meneruskan legasi seperti musim 2015 dan 2016. LEGEA jenama sukan terkenal daripada Itali akan menaja skuad Harimau Kumbang bermula musim ini meliputi semua pasukan yang ditadbir urus FAP.

Liga Malaysia 2017: Kedah-AL Rasmikan Jersi 2017

Juara TM Piala Malaysia 2016, Kedah melancarkan jersi rasmi mereka bagi musim 2017 pada petang tadi dalam Majlis Memperkenalkan Penaja dan Jersi yang berlangsung di Dewan Gemilang, Darul Aman Golf Country Club. Kedah yang musim ini mendapat tajaan syarikat sukan tempatan terkenal, Al-Ikhsan melalui jenama AL menampilkan 3 kit yang akan diguna pakai oleh barisan pejuang hijau kuning musim ini yang dibawah selian Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

SIARAN MEDIA: FAM NAFI DAKWAAN MASIH BERHUTANG DENGAN KAFA

KELANA JAYA, 12 JANUARI 2017: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin menafikan dakwaan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bahawa Persatuan ini masih berhutang hampir RM2 juta dengan KAFA, seperti yang disiarkan dalam media beberapa hari lalu.

Page 4 of 35
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree