Superbest Power Piala FA 2016 | Suku Akhir Kedua: Johor Darul Ta'zim vs PDRM FA

03 April 2016
K2_ITEM_AUTHOR 
Aksi Juan Martin Lucero dalam perlawanan malam tadi Foto: Fir Rin / www.gawang.my

Amukan di Stadium Larkin

Seramai 22680 jumlah penonton hadir malam tadi di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus dihidangkan dengan permainan yang sungguh dramatik apabila JDT  berjaya membenam pasukan PDRM FA dengan kemenangan mutlak iaitu 5 berbalas 2.

 


Anak buah Mario Gomez menggegarkan gol pihak lawan seawal minit ke-15 apabila Jorge Pereyra Diaz berjaya menanduk gol hasil sepakan penjuru yang diambil oleh kapten pasukan JDT, Safiq Rahim.


Pada minit ke-28 pula, akibat kelalaian bahagian pertahanan PDRM FA, dihukum sekali lagi Jorge Pereyra Diaz dengan gol kedua hasil sepakan lintang daripada Juan Martin Lucero. Pemain PDRM FA terus membuat asakan demi asakan ke kubu JDT, namun setiap cubaan berjaya diselamatkan oleh Farizal Marlias.


Memasuki minit ke-40, JDT telah dihadiahkan sepakan penalti dan Safiq Rahim berjaya menambah satu lagi jaringan untuk pasukannya. Berselang dua minit, Azinee Taib meledakkan gol keempat apabila sepakan lencongnya gagal ditangkap kemas oleh Muhd Haziq Nadzli. Tamat separuh masa JDT di hadapan dengan 4 gol tanpa balas.


Babak separuh masa kedua bermula, PDRM FA mula menunjukkan taringnya apabila Andre Francisco dan Ahmad Nizam Rodzi berjaya membuat jaringan pada minit ke 49 dan 62 untuk merapatkan kedudukan. 


Sebelum tamat perlawanan, JDT terus berpesta apabila Juan Martin Lucero menjaringkan gol kelima hasil sepakan deras dari luar kotak penalti. Tamat perlawanan JDT (5) - (2) PDRM FA.


JDT mara ke pusingan separuh akhir dengan agregat selesa 6-2. JDT  akan bertemu dengan Kedah di pusingan separuh akhir yang dijadualkan pada 16 April 2016 di Stadium Darul Aman dan 30 April 2016 perlawanan timbal balik di Larkin.

 

Teks: Fir Rin

  • Social network:
369 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree