Piala FA 2017: Felda Gagal Manfaat Peluang Beraksi Dihadapan Penyokong Sendiri

15 February 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

JENGKA: Felda United gagal manfaatkan kelebihan bermain dihalaman sendiri apabila tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Piala FA. Tuan rumah bermula dengan garang untuk mencari gol pembukaan permainan sebaik sahaja wisel ditiupkan oleh pengadil. Anak buah Benjamin Moira Mendivil tidak menunggu lama untuk mengatur serangan bagi merobek pertahanan Felda United.

Penyerang sensasi Felda United,  Norshahrul Idlan Talaha mencuba nasib pada minit keenam dengan membuat rembatan leret tepat ke arah pintu gol JDT tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. JDT terus menyerang Felda United secara berterusan sehingga dihadiah sepakan penjuru dan Gabriel Guerra berjaya menjaringkan gol pada minit ke-12. Felda United terus merencanakan serangan balas tetapi tidak bernasib baik apabila peluang terhidang tidak dimanfaatkan oleh Cellerino pada minit ke-20 hanya melewati palang gawang JDT.

Serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama jaringan terikat Felda United 0-1 JDT. Kegembiraan Felda United terhenti apabila jaringan daripada Cellerino dinafikan oleh linesman kerana offside pada minit ke-64. Kemasukan pemain gantian, Cabrera membuahkan hasil apabila berjaya menyambut baik hantaran daripada Mahali Jasuli pada minit ke-79. Felda United terus mengasak sehingga empat minit masa tambahan tetapi gagal untuk menjaringkan gol.

Perlawanan tamat dengan keputusan Felda United 0-2 JDT.

Teks: Muhammad Suhaib Mohd Shapiee / www.gawang.my

  • Social network:
175 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree