Final Piala FA 2017: Kemarau 9 Tahun Kedah Berakhir !

20 May 2017
K2_ITEM_AUTHOR 

Kedah meneruskan kecemerlangan musm 2017 apabila muncul juara Piala FA 2017 dengan menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 3-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

10 minit pertama permainan menyaksikan aksi seimbang antara kedua-dua pasukan dengan masing-masing melancarkan serangan namun gagal menepati sasaran. Pahang dilihat berjaya menghalang pergerakan lincah perancang Kedah, Liridon Krasniqi apabila meletakkan Kiko Insa dibahagian tengah bertahan untuk menyekat Liridon daripada bermaharajalela.

Kedah akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-20 apabila Ken Ilso mudah menyempurnakan lintangan daripada Syazwan Zainon yang kearah kawasan tengah kotak penalti Pahang. Sebelum itu Tok Gajah hampir mendahului terlebih dahulu namun Matthew Alves lambat menyudahkan peluang terhidang di dalam kotak penalti pelawat.

Keadaan bertambah parah buat Dollah Salleh taktala skuad beliau sedang mencari gol penyamaan, skuad tersebut terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Kiko Insa dibuang padang setelah mengutip 2 kad kuning akibat dua kekasaran dalam tempoh 7 minit. Biarpun begitu, Pahang sesekali cuba melakukan serangan melalui gerakan solo menarik pemain import baharunya, Yamil Romero yang tenang memecahbelahkan pertahanan hijau kuning.

Menuju ke penghujung saingan separuh masa pertama, permainan bertambah rancak dengan peluang terbaik buat Kedah melebarkan kelebihan namun penjaga gol Pahang, Wan Azrie sempat melayangkan badannya untuk menyelamatkan percubaan wajib gol Liridon. Akhirnya Kedah menambah gol kedua menerusi rembatan leret pemain sayap, Baddrol Bakhtiar yang menewaskan Wan Azrie disebelah kirinya.

Walaubagaimanapun, Tok Gajah memastikan Lang Merah menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan tipis dengan merapatkan jurang gol apabila rembatan kencang Heo Jae-Won terbias kepada salah seorang pemain Kedah sekaligus melemaskan Ifwat Akmal digawang gol hijau kuning.

Bersambung babak kedua, Pahang nyata dahagakan gol penyamaan dengan peluang terbaik hasil situasi kelam-kelibut berhampiran gawang gol Kedah namun Khairul Helmi Johari sempat menguis keluar daripada disudahkan oleh Romero pada awal babak permainan berlangsung. Sejak itu, serangan tidak henti arus hadir ke kubu hijau kuning tetapi cuma tuah sahaja yang menafikan hajat Pahang meraikan gol tersebut.

Ketika Pahang rancak mengasak sambil Kedah sesekali menyerang balas dan akhirnya Baddrol Bakhtiar sekali lagi menjadi hero apabila berada di tempat yang tepat untuk mudah menolak masuk hantaran lintang daripada Ken sekaligus meletakkan Kedah 3-1 dihadapan. Pahang tidak mudah putus asa sebaliknya terus menekan dan berjaya menjaringkan gol menerusi Sumareh yang menanduk gol pada minit ke 80.

Pahang terus mencuba pada minit-minit terakhir permainan tetapi usaha itu gagal membuahkan hasil dan termerailah Kedah menjulang piala kejuaraan yang kedua musim ini setelah pengadil perlawanan, Nagor Amir meniupkan wisel penamat selepas tamat 4 minit masa tambahan berlangsung.

 Teks: Mohamad Asyraaf / www.gawang.my

 

  • Social network:
132 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree