Piala FA 2018: Pengalaman Pemisah Kualiti Pusingan Pertama

13 February 2018
K2_ITEM_AUTHOR 

Tidak banyak kejutan yang diharapkan berlaku pada saingan pusingan pertama Piala FA 2018 terjadi apabila majoriti pasukan yang beraksi di pentas lebih tinggi menepati status mereka sebagai pilihan. Cuma aksi di Kompleks Sukan Penjara Kajang menyaksikan wakil Piala FAM, Selangor United tewas mengejut 1-2 kepada Southern FC, sebuah pasukan amatur yang bermain dalam kancah Liga Amatur & Sosial Selangor.

Dibarisi beberapa bekas tonggak pasukan Harimau Muda seperti Syazwan Abdullah, Syamim Alif dan Yusaini Hafiz nyata tidak memberikan kelebihan sepatutnya apabila 2 gol dalam tempoh 10 minit oleh pemain Southern, Shahrul Afif memadamkan gol pendahuluan tuan rumah diseparuh masa pertama. Dengan kemenangan itu Southern akan berhadapan dengan pasukan gergasi Liga Malaysia, Melaka United pada pusingan kedua yang bakal berlangsung awal bulan Mac nanti.

Di lain-lain venue pula menyaksikan pasukan-pasukan lebih berpengalaman daripada lawan yang terdiri daripada Liga Amatur dan Sosial Negeri-Negeri meneruskan perjuangan ke pusingan kedua. Shahzan Muda, MOF, Hanelang, PJ Rangers, Kuching FA dan Terengganu City masing-masing mudah mengatasi lawan yang bermain dipentas tertinggi buat pertama kalinya.

Kredit Grafik: FMLLP

Sementara satu-satunya aksi yang melibatkan pertemuan juara liga amatur dan sosial negeri antara Axis-02 FC sebagai juara Selangor Champions League 2017 menentang juara Liga Perak Amanjaya 2017, SRCC Kuala Kangsar menyaksikan Axis mudah menewaskan wakil negeri Perak itu dengan keputusan 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium MPSJ, Subang Jaya.

  • Social network:
777 K2_VIEWS
Gawangdotmy
We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site. Agree