BERITA BERHUBUNG STATUS KECEDERAAN ADIB RAOPA

BERITA BERHUBUNG STATUS KECEDERAAN ADIB RAOPA

Alhamdulilllah, sukacita dimaklumkan bahawa hasil pemeriksaan kesihatan yang telah pun dibuat di Island Hospital Pulau Pinang, menunjukkan bahawa Adib Raop tidak mengalami kecederaan patah tulang hidung. Apa yang diperoleh melalui pemeriksaan tersebut adalah, Adib Raop hanya didapati mengalami kerosakan pada bahagian tulang rawan dan luka di bahagian dalam hidung.

Luka berkenaan yang menjadi punca pendarahan tetapi keadaan tersebut sebenarnya masih dalam keadaan yang terkawal.Buat masa ini, Adib Raop telah pun dinasihatkan oleh doktor untuk memakai topeng muka semasa menjalani latihan.

Selain itu, dia masih memerlukan pemantauan rapi dengan beberapa bantuan ubat, bagi memastikan tiada lagi pendarahan semasa dalam proses penyembuhan luka tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua penyokong setia Harimau Kumbang dan peminat-peminat Adib Raop dari negeri Perak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan dan kesegeraan sembuh beliau.Semoga Adib Raop akan kembali cergas dan dapat kembali beraksi sepenuhnya, inshaAllah.

#PenangFC#BolaPenang#HariaPenangHaria#Penang2030#PenangFC2022

Sumber: Penang Football Club

Gadmin

P